Mungkin aku penat. atau dah malas nak fikir da..
Aku beli tiket combine dari Koh Tao - Suratthani - Hatyai - Kuala Lumpur. Ada baik buruknya tiket combine ni... Yang baiknya.. Kau tak yah fikir da.. nak naik apa.. ikut orang yang manage je.. Macam travel agent la.. dia akan uruskan semua perjalanan tu. Yang buruknya.. diorang tukar-tukar kenderaan nak pergi sesuatu tempat. Yang peliknya. Diorang bukan dibawah satu company. tapi customer dibahagikan kepada agent-agent berbeza. Maknanya makan untung sama-sama r. So, Mungkin dalam perjalanan ni. Kau akan diminta tips. , bayaran.. walaupun tak banyak... tapi bagi aku... aku berkira.. Sebab kita bayar tiket utk whole journey sehingga Kuala Lumpur. So.. kenapa perlu bayar lagi kan..
Koh Tao hingga Suratthani memakan masa selama 8 jam menaiki ferry. Dan Suratthani to Kuala Lumpur berjarak 900 km. So. macam2 jadi... jadi make sure kena be aware and sense jika orang mintak bayaran ke apa. btw.. Aku dah serik beli tiket combine mcm nie.. Next trip.. Aku mahu beli tiket asing2.. biar aku je manage. Biar lambat.. tapi kita nampak duit flow tu kemana.. dan lagi jimat dan boleh pilih.. nak third class ke.. first class ke...
Jetty di Koh Tao |
Apapun. Pengalaman yang bernilai buat aku.. adalah naik ferry dari Koh Tao ke Suratthani dengan memakan masa lapan jam perjalanan.. Perghhh.. Macam balik kelantan pun ada... dah la ferry tu besar... ferry tu juga angkut kenderaan juga.. Jangan risau.. ramai je backpacker naik ferry. So sepanjang perjalanan aku menjadi duta malaysia secara tak langsung. Mostly diorang nak pergi Kuala Lumpur.. macam2 la diorang tanya.. Boleh tak pakai seksi..? boleh tak minum sambil berjalan..? lepas tak bawak minuman beer chang dari imigresen..? dive sites di malaysia macam mana...? Yang aku terkejut beruk.. Ada mamat sweden yang bertatu penuh berbadan tough.. bagi assalamualaikum dekat aku.. Rupa-rupanya.. Dia duk lama di Pulau Perhentian. bekerja sebagai dive master... Siap kenal member aku lagi tu.. Yang bagusnya.. dia jadi duta malaysia duk promote kat t backpacker lain.. Bangga sey jadi rakyat malaysia. Yg bestnya.. Dia kata cm nie.. Malaysia is beautiful country. is beautfiul because u can see.. Chinese,Malay,indian can work together without prejudice...
Katil aku sepanjang perjalanan. Not bad utk overnight ferry. |
Harga tiket
Ferry Koh Tao - Suratthani - 600 baht
Surattani - Kuala Lumpur - 800 baht ( Routenya Suratthani - Hatyai by mini van. And hatyai to Kuala Lumpur by bas ) dengan melalui Sadao border.
Dengan pengalaman balik ni, Baru aku realize.. Betapa senangnya negara kita dimasuki oleh orang asing2 dsinii melalui jalan darat dari india,burma,.GRO belah vietnam pun senang masuk datang ke negara kita cari makan.. huhuu..
jerty di surattani |