Monday, December 24, 2012

Nak belajar diving.. boleh recommend kelas dekat mana tak?

Nak Belajar dive... Boleh recommend kelas dekat mana-mana tak??
Thanks faith.. Sebab sudi baca dan tanya soalan di diari cap ayam aku nie...

Sebelum kita tanya soalan nie... Kita kena tanya balik diri kita style macam mana...Adakah anda seorang backpackers yang mementingkan bajet anda dalam travel dan anda tidak kisah tidur dalam cabin atau dorm yang disediakan di pulau-pulau,  Adakah anda seorang ingin berteman dengan geng-geng sekepala yang mahu sama-sama buat lesen dive  dan juga sekali bayar semua orang uruskan...? Adakah anda seorang tourist yang pentingkan resort berbintang-bintang dan anda mampu bayar package dive license  tersebut...


Kalau korang seorang backpackers...
yang tidak kisah dengan kongsi jamban, berkongsi bilik dan ingin kos yang sedikit murah dan di samping boleh kenal dengan the other traveller...  Korang boleh cuba dekat pulau perhentian  terutamanya di long beach.... Tapi ingat! kalau korang book time peak season (bulan 5,6,7,8) korang mungkin akan serabut sikit r kat situ.. Kerana crowded dengan traveller mat/minah saleh yang mahu belajar dive dan kemungkinan korang akan terjolol mata korang nanti.. hihihi.. tak sesuai bawak family ke long beach.. Malam pulak bising dengan party-party long beach kat situ.. dan mungkin seperti di Koh Phangan full moon party...  
google images - Resort List di Perhentian-

Ni salah satu Dive Centre yang dicadangkan oleh backpacking Malaysia Website iaitu Panorama Dive Centre yang terletak di Perhentian Kecil. Korang contact dengan dia je terus.. kalau korang nak buat lesen kat sini..  Dive Centre ni kemungkinan besar tempat aku nak belajar Advanced course pada Akhir bulan Mac 2013 nanti dan boleh aku balik kampung terus.... 

Cara nak pergi Perhentian Pulak... Perhentian terletak di daerah besut.. Jadi korang.. Beli tiket bus  yang menghala ke Bandar Jerteh,Besut.. dari bandar jerteh korang naik bas mini atau kereta sewa. tak akan lebih RM5-10 kalau tambang pun..Kalau korang rajin.. Korang cari-cari r tiket yang menghala ke Kuala Besut terus.....
Selain daripada perhentian korang leh buat kat tioman.. terutamanya di area Salang.. Kursus Open Water dive pun dikatakan murah kat sana.. Not sure.. tapi konsep dia lebih kurang Long Beach Perhentian Kecil.. Sesuai untuk backpackers2x..


Kalau korang  ada member/ geng-geng sekepala....  
yang sama nak buat lesen dive lagi syok/meriah sebenarnya buat dalam group nie terutamanya yang tinggal di Area Shah Alam.. Korang boleh usha  dive centre Scubatex di mana Otai scubatex (Akak Mastura rasanya ) pernah masuk dalam TV Al-Hijrah dalam rancangan Soal Wanita yang betajuk penyelam wanita. Selain dari tu korang leh usha divebuddy dive centre di Kolam Shah Alam Seksyen 13. Dimana Owner dia very skillful underwater photograph.


Kalau korang datang dengan family..... 
dan malas serabut dengan mat/minah salleh yang crowded  korang leh pergi Usha Resort-Resort di Perhentian Besar atau Pulau Redang yang menawarkan package Diving Course.dan juga Pulau Tioman Di area Kampung Genting. Iaitu tempat aku belajar dive kat sana.. di Damai Tioman Resort.....
Kalau korang ada bajet lebih sikit... Korang leh contact Berjaya Resort di Pulau Redang dan Pulau Tioman... 

Kalau di oversea... 
Tempat yang murah untuk belajar dive.. iaitu sudah tentu di Koh Tao,Thailand, Price Course dia lebih kurang je sebenarnya dengan Panaroma Dive Centre di Pulau Perhentian... dan konsep dia lebih ke-arah untuk backpackers yang travel yang mahu belajar dive je. Insya Allah... Aku pergi dive kat sana nanti pada Cuti Raya cina... Aku dive dengan bigblue diving centre Koh Tao. kat sana.. Kat sini untung... leh dapat free accommodation basic dorm jika aku dive dengan diorang...  

Kalau Time Musim Tengkujuh.... 
Korang Leh dive di Pulau Sembilan yang terletak di area Pulau Pangkor.. Dan satu-satunya dive Centre di sini ialah quiver dive centre yang terletak di lumut dan Leh emailkan ke dennis@quiver-perhentian.com  untuk mendapatkan harga kursus open water dive ke sana.. harga dia lebih kurang RM1300-RM1500 .. kalau ada promosi.. mungkin leh dengan harga RM1100.
Selain tu.. Kalau di Langkawi pula.. Korang leh contact eastmarine dive centre dan kalau turun di jeti Langkawi.. lebih kurang 10minit berjalan kaki ke dive centre. Dive Site di Langkawi ialah di Pulau Payar....


Risiko....
Bila Korang  masuk kelas open water dive nie.. kemungkinan korang akan terkena dengan sebahagian kecil instructor Dive  yang jenis hanya bagi ilmu cukup tu je.. maknanya.. yang jenis malas bercerita pengalaman.. jenis senang citer kedekut ilmu r.Just ajar hanya dalam silibus je.' Belum jumpa lagi... so far hanya dengar dari mulut2 diver je.. Dunia diver Malaysia ni kecik je.. Pusing-Pusing muka tu je jumpa......


Aku lagi Prefer..
Buat Kursus Open Water Dive dengan member-member baru best.. Sebab apa aku rasa macam tu.. Mungkin Level of Confident cepat meningkat semasa diving bersama dengan member dan boleh borak pasal dive sebelum paper test tu... dan juga leh gosip2x...  ;)
Yang Mana impian dia ingin menjadi diver.. cepat-cepat buat.. sebab harga kursus open water dive setiap tahun harga makin naik.. disebabkan kos penyelengaraan untuk equipment makin tinggi.. huhuhu

Ni pendapat aku sendiri yang tiada kena mengena dengan yang hidup atau telah pergi.. dan aku tidak mendapat komisyen berapa sen pun daripada artikel ini. Hanya berkongsi minat,pengetahuan berdasarkan pengalaman aku yang pernah bekerja sebagai kelindan boat Inang Coral  di Pulau Redang, Blue Coral Resort suatu ketika dahulu,  buah-buah mulut rakan-rakan otai diver yang lain dan juga melalui pembacaan .
Dunia Laut tidak asing buat diriku tetapi Dunia dalam laut amat baru buat diriku.. Aku budak baru belajar .. - Jeri-

16 comments:

  1. Kat Jalan Universiti PJ, depan PPUM pun ada pusat belajar untk menyelam...

    ReplyDelete
  2. dive kat Pulau Perhentian, cantiknya sana...

    ReplyDelete
  3. tq jeri for all the info.. nanti i survey2 semua tempat tu...
    yg pasti.. i bukan kategori no. 1 kot.. tak reti nak tido or kongsi reramai bilik dgn org tak kenal... heheheeh..

    ReplyDelete
  4. hye jeri..sy nak kongsi ilmu skit..bulan mac 2012, sy amik open water dekat matahari resort,pulau perhentian around rm700++ tp tak termasuk bilik, untuk 3h2m..so total around rm1000++ (tak igt)..and recently, sy amik advanced course dkt pulau mabul termasuk bilik total suma rm980 3h2m gak..resort billabong scuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks info.. dengar2 gak.. sebelum ni. Kat mabul lagi murah.. tapi bila masuk rege transport. cam lebih kurang gak..
      Entry nie.. sekadar pengkongsian dan pendapat je..
      btw.. thanks info

      Delete
    2. advance lain...open water lain...
      advance korang wajib buat 5 dive..specialty..
      bukan 5 dive sama...5 dive lain2...
      1 wreck dive
      2 deep dive
      3 night dive
      4 fish identification
      5 PPB
      atas ni semua contoh dive specialty...ada banyak lagi...

      open water sebab dia mahal....korang wajib buat 2-3 kali dive dan buat 21 skill mase kat kolam...dan 4 dive wajib kat kedalaman tertentu..
      okay??

      Delete
  5. terima kassih atas ulasan nya mengenai divink,, sangat lengkap,jelas dan sangat membantu saya sebagai pemula,, salam sukse

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.
    Maaf nak tanya sikit.
    Kalau tidak pandai berenang boleh atau tidak ambik lesen scuba?
    Atau perlu belajar berenang terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  7. kat shah alam bukan dive buddy je...ade banyak lagi...
    ombakdiver ade...al amin ade...

    ReplyDelete
  8. maaf....setakat ni...paling murah ade kat malaysia...
    kalau nak tau...dan tak TERTIPU...
    utuk PADI...sistem belajar dia lengkap...
    1- korang akan diberi buku (original dr australia)bukan photostat
    2- akan diberi tengok video ada 5 chapter
    3- 2 hingga 3 kali sesi kolam atau confined water
    4- kene jawab quiz dlm 10 soaln setiap chapter
    5- lepas tu 4kali dive kat open water(wajib) paling cetek 6 meter -18 meter..
    6- jawab exam...

    sebab2 pakej mahal...
    buku 250..
    equipment 1 hari guna 60
    tank per dive 30
    bilik 90 per night
    feri (tioman 80) per pax
    makan tak termasuk...so kira la..

    ReplyDelete
  9. pakej 3 hari 2 malam....
    250 + 120(equipment 2 hari) + 180 (bilik)(twin room)(2 hari) + tank 30x6kali dive + 80 (feri) = RM810 je..per pax..
    instructor yg mengajar korang tu ambik satu kepala 250 je untuk jaga nyawa student dia..
    kalau ada 5 orang ? 250x5 = 1250...untuk 4 hari dia bekerja...(mengajar)

    jadi.....dalam pakej korang tu..mesti buat 2-3 kali kat kolam / air cetek..
    dan buat 4 dive yg lebih dari 8 meter..
    dapat buku original ...paling penting..jangan tertipu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih dgn info yg berguna..u ada kenal mane2 instructor / dive centre yg boleh dipercayai ? mungkin u boleh rekomen kan..tq

      Delete
  10. blog yang hebat dan maklumat yang sangat berguna

    ReplyDelete
  11. HI..salam perkenalan..saya baru teringin nak diving..xtahu berenang...

    ReplyDelete
  12. kalau ada kwn2 nak ajak join diving bolehla saya blajar diving sama,,

    ReplyDelete