Sunday, November 29, 2015

Generasi lama Jepun tak sama dengan Generasi baru jepun....


Sambungan dari ini

Generasi lama jepun tak sama dengan generasi baru jepun.... Eh.. kenapa aku cakap cam tu... Sebab apa yang aku perhatikan budaya amerika kebaratan telah menular di kalangan generasi baru jepun.. Kebanyakkan generasi baru jepun sudah tidak malu2 lagi dah nak bercium di kalayak ramai, berbangga dengan pakai iphone.. Apapun di kusatsu masih janggal lagi jika buat macam nie... Sebab orang2 generasi lama di kusatsu akan tengok pelik jika generasi baru buat begini...  Kalau di tokyo tak pelik pun kalau perangai cam nie...

Korang mesti pening.. Kusatsu nie kat mana ek. Kusatsu nie terletak di daerah Shiga. Daerah shiga tepi sikit Daerah Kyoto, kyoto mesti korang kenal kan.. Kusatsu nie takde apa pun menarik.. just temple lama2 dan tasik biwa tu je... Apapun kalau korang nak rasa mcm kampung yang korang tengok dalam filem korea dan jepun yang ada sawah padi...  Sini la tempat  yang aku recommend kan. Korang leh sewa basikal di Kusatsu Station.. dan Mintak maps di kusatsu station tu terus... Kalau musim sejuk tak la basah ketiak kalau korang naik basikal kan... Tapi aku recommend kan korang datang musim luruh dan musim bunga.. Sebab udara dia tak la sejuk sgt.. Sesuai korang nak buat aktiviti outdoor tu..

Cara nak pergi kusatsu dari kansai airport.
Amik train jenis Haruka di kansai airport. *tiket boleh di beli kaunter Japan Rail.Cakap nak g Kusatsu. Korang akan singgah di kyoto stesen dulu sebelum ke kusatsu.. So cara ni sama je kalau korang nak pergi Kyoto. So korang leh lepak kyoto dulu bermalam di sana.. Boleh pergi hari ke kusatsu.

Cara nak pergi kusatsu dari kyoto.
Untuk sesiapa yang stay bermalam di kyoto.
Gi mesin tiket-Select english-select kusatsu = harga 800 yen # cara nie valid untuk sesiapa yang tak beli JR pass k. Kalau korang ada JR pass tu.. guna JR pass je tu... Nanti aku wat satu entry utk cerita macam mana nak pergi jepun cara murah tahap gaban tanpa guna agensi yang markup gedebak gedebuk tu... Tanpa menjejaskan pocket money korang dan duit kita yang tengah jatuh nie... aku akan bagi guide line soon..

Kusatsu station west gate ke east gate.. lupa da..


map kusatsu dekat je dengan kyoto tapi jauh dari jepung...

1 comment: