Showing posts with label Phi Phi island. Show all posts
Showing posts with label Phi Phi island. Show all posts

Monday, February 11, 2013

Phi-Phi Island E ikimashita! Daibingu o shimashita! Totemo tanoshii desu!

Sambungan daripada INI

Phi-Phi Island E ikimashita! Daibingu o shimashita! Totemo tanoshii desu! Apa yang aku melalut ke jepun pulak ni.. Maknanya ialah.. " dah pergi phi-phi island! melakukan diving!Sangat-Sangat bersuka ria" haha.. skema pulak bila translate satu persatu ni...

Package yang aku amik ini meliputi 2kali dives, pickup pergi,balik dari hostel aku di krabi ke Aonang beach. Pickup daripada Aonang beach ke boat dive yang besar macam feri tu.. Makan minum.. Coke.. Fresh water... Juice Water... Layanan kelas pertama.. Dan aku bagaikan percutian  orang kaya dan raja berada di atas boat dive tersebut.. dan aku berasa amat relax dan enjoy pada hari dive. Dan aku tak heran mengapa Kon Tiki mendapat pengiktirafan daripada PADI 5 Star Service.

Aku merasakan service yang  diberikan oleh dive Kon-Tiki Dive centre sangat berbeza daripada yang pernah aku rasa sebelum ini.
Apa yang berbeza di sini, Pihak Kon-Tiki membuat sesi review selepas tamat diving pada hari tersebut dimana  aktiviti diving kami telah dirakam oleh Underwater VideoGraphy/Photography professional.

Tapi sayangnya, aku belum memiliki satu set camera G-series/G12 canon complete set dengan underwater casing dengan berharga RM2300-2500.  Ayuhh.. Menabung!

Aku sangat ralat sebab aku takdapat merakam permandangan indah di bawah laut sana.  Walaupun Layan je la gambor yang aku snap sekitar Phi-Phi Island ni..


DI pagi hari pickup boat dari aonang beach ke boat dive tersebut

Naik-naik.. aku sorang je orang malaysia kat situ... yang lain dari eropah dan  sorang dari korea
rupa-rupanya kapten boat  ni orang melayu tapi bahasa siam je boleh cakap  dan juga
port hisap rokok..  Kalau di Malaysia .. boleh je hisap atas deck dan campak putung rokok dalam laut..  Sini
kalau buat kena menyumpah dengan mat salleh diver la..

nama aku di senarai 20... Perghh.. dah mcm search and rescue dia punya taklimat..


service kelas pertama.. Goyang kaki je atas deck..
* Sebab apa aku kata kelas pertama.. Equipment diving dah disetup sepenuhnya oleh awak-awak boat dan dive guide aku.. Aku hanya double check bila ingin mengunakannya... Bagus jugak buat macam ini.. Aku dah travel jauh-jauh.. penat.. So atas boat ni. la boleh aku relax dan enjoy the view kan....

Diver Guide Conny Jeppson dari Sweden, the best part service of him. Dia tanya aku apa yang aku nak lihat bawah laut..
And He will find the best spot for me

antara pic yang aku suka sepanjang aku travel di thailand.. di PHI lay Wall..

Maya bay.. hari dah nak gelap.. time aku nak balik nie..


2 kali dives aku lakukan di Phi-Phi island. Padi Dive sites Phi2 island yang aku terjun disini di namakan  
Koh Jung Pinnacle dan Phi Lay Wall

*ruginya belum ada camera untuk di rakam dunia bawah laut.. Sabar jeri.... Ada rezeki ada la... Insya Allah~

Diving is just part of my Journey in Thailand~

bersambung...