Tuesday, December 1, 2015

Pemikiran Orang Melayu......

Kenapa aku kata macam tu....

Nak jadikan cerita, hari ni company aku bagi gift untuk setiap pekerja kilang iaitu sebuah printer Canon E480, Alhamdulillah murah rezeki aku, boleh la aku buat print assignment aku yang belajar part time dan print untuk tenant aggrement nanti.

Waffle maker aku dapat juga.. hehe

Nak dijadikan cerita, so aku mintak la tolong dengan somebody yang duk dekat umah aku tu untuk tumpangkan printer aku dlm kereta dia dan hantar masa balik kerja.... Ada pulak spesis melayu mana cakap, tu la beli la kereta.. nampak sikit berharta.... Perghhh... berdesing telinga aku... yang somebody ni tak dapat tolong aku sebab atas alasan tertentu...

Last2 aku tolong kawan CINA aku kat tempat kerja.. Boleh tak da masalah... senang... TQ WONG... u memang terbaik.. dah 2 kali u tolong saya... Rasa segan pun ada... huhuhu

Aku ulang balik dialog melayu tadi.... Beli la kereta, baru nampak sikit berharta...... okay fine... aku tak beli kereta sebab aku belajar dari korang... kerja oti sampai malam.. semata2 bayar kereta, anak bini tgk u waktu malam sahaja, kita kerja kilang... gaji kilang... buat apa yang trmampu selagi tak menyusahkan orang.. lepas tu membebel kos sara hidup.... Ya memang betul kos sara hidup naik.. tapi sampai bila kita sentiasa mengeluh... Enoughhhh...

Fakta
"Kereta adalah liabiliti..."
"Rumah adalah aset jika menghasilkan cash flow..."

balik umah... sembang2 dengan member rumah aku, tiba2 dia keluar ayat.. orang melayu gaji 4000 terus beli civic.. Orang cina akan kira berapa percent daripada pendapatan mereka untuk kereta setiap bulan.. Kalau boleh biar sekecil2 percent untuk kereta, bukan macam orang melayu.. pergi lanyak sampai 30-40 percent daripada pendapatan semata2 untuk kereta.. fikirkan..fikirkanlah....

*bukan semua orang melayu macam tu....


Sunday, November 29, 2015

Senang ke Nak beli rumah....

Ye.. aku dulu pun macam korang juga... Bertanyakan soalan nie... itu dulu aku... masa Jahil... Tapi lepas aku dapat rumah under pemaju tu... Banyak yang aku tak tahu jadi tahu, rupa-rupanya senang je beli rumah,cuma kena ada ilmu dan take action berdasarkan ilmu yang kita ada tu. Tapi untung korang zaman yang serba canggih internet nie korang google je prosedur untuk membeli rumah dengan pemaju,Subsales(direct owner/agen) dan lelong. Mungkin di google tu akan bagitahu korang semua basic2 asas cara beli rumah.

Disini aku bagi tips dan guide line sedikit cara-cara nak beli rumah dengan

1. Kira DSR ( debt Service Ratio )
Formula Hutang sediaada tambah dengan hutang yang rumah bakal dibeli bahagi dengan gaji bersih
make sure Percent korang kurang daripada 50 percent,daripada formula nie korang leh agak berapa harga rumah yang mampu korang beli..

2. Listing
Cari rumah semurah2 mungkin tetapi mempunyai potensi peluang sewa yang mantap. So korang kena buat listing. Boleh usha mudah,ipropery atau buat site visit.. dengan bertanyakan orang kawasan sekitar yang korang berminat, iklan di seven eleven..

3. Booking 3percent
Yup booking 3 percent.. tapi kalau korang pandai nego bayar seribu pun boleh. tapi ingat jangan bayar pakai cash ya.. kena buat bank draft... dan mintak resit atau letter of intent to purchase

3. Pergi bank dan tunggu loan lulus
Pergi bank submit loan.. submit loan beberapa bank kalau boleh... dan tgu loan lulus

4. Loan Lulus
Bila loan lulus, korang kena pergi bank untuk sign offer letter, Call lawyer suruh siapkan SNP. dan Pihak peguam akan meminta baki 7percent deposit semasa sign SNP. masa ni dah boleh mintak kunci dari owner

5. 3bulan tempoh selesai
3 bulan tempoh selesai ..ada tempoh selesainya bayaran untuk dibayar pada owner.. kena push lawyer dan bank untuk selesaikan dalam masa 3 bulan nie..


So ni serba sedikit secara am yang aku tahu..

Kalau korang nak master dalam pelaburan hartanah dan nak tahu lagi detail2 process cara pembelian hartanah Kena invest dalam ilmu dahulu dan masa untuk membaca ebook di bawah ini.
Tak rugi invest dalam ilmu dan masa dahulu.. supaya korang tak rugi dengan hidden cost semasa procces membeli rumah.

Melabur dalam Pelaburan Ebook pertama anda disini!!! 
Klik link di bawah ni untuk pelaburan pertama anda.
Ebook Doktor Gila Rumah dan Super Teruja 

EBOOK 1 : DOKTOR GILA RUMAH
■■■■■■■■■■■■■■■
■■■■■
"Kerjaya bukan halangan, sebaliknya peluang keemasan"
✔ Bagaimana membeli rumah lelong?
✔ Senarai Rumah Lelong
✔ Agen Lelong
✔ Lawatan Tapak (Site Visit)
✔ Perisytiharan Lelongan (POS)
✔ Bank Draf
✔ Bajet Rumah Lelong
✔ Risiko Rumah Lelong
✔ Kelebihan Rumah Lelong
✔ Negosiasi Bersama Penghuni Lama
✔ Lelong & KWSP
✔ Highrise vs Landed
✔ Freehold vs Leasehold
■■■■■■■■■■■■■■■■■
EBOOK 2 : SUPER TERUJA!!
■■■■■■■■■■■■■■■■■
"Dirinya telah kumiliki, tiba saat kulepaskan ia pergi"
✔ Step-by-Step Real Auction Case!
✔ Praktikal
✔ Pengiraan Bajet, Kos dan Keuntungan
✔ Pengalaman
●●●●● HARGA ●●●●●
👉 EBOOK 1 : RM 39.00
👉 EBOOK 2 : RM 29.00
Untuk PEMBELI AWAL, HARGA PROMOSI ialah RM 39.00 untuk PAKEJ KOMBO kedua-dua buah ebook tersebut!



Fin Diving Cressi Murah

Aku nak letgo Fin Diving masih baru tak pakai buat selaman selama nie..

Brand: Cressi Reaction
Size: S-M
Suitable for beginner dan intermediate. Advanced pun boleh...
Harga RM300

Masih availabe sehingga hari ini.. Sehingga iklan ini belum didelete

Contact.
Jeri
011.3778.9091

Cepat grab harga murah ni!!! lagi murah dari lazada.. Khas untuk Diver2 lembah klang sahaja...


Generasi lama Jepun tak sama dengan Generasi baru jepun....


Sambungan dari ini

Generasi lama jepun tak sama dengan generasi baru jepun.... Eh.. kenapa aku cakap cam tu... Sebab apa yang aku perhatikan budaya amerika kebaratan telah menular di kalangan generasi baru jepun.. Kebanyakkan generasi baru jepun sudah tidak malu2 lagi dah nak bercium di kalayak ramai, berbangga dengan pakai iphone.. Apapun di kusatsu masih janggal lagi jika buat macam nie... Sebab orang2 generasi lama di kusatsu akan tengok pelik jika generasi baru buat begini...  Kalau di tokyo tak pelik pun kalau perangai cam nie...

Korang mesti pening.. Kusatsu nie kat mana ek. Kusatsu nie terletak di daerah Shiga. Daerah shiga tepi sikit Daerah Kyoto, kyoto mesti korang kenal kan.. Kusatsu nie takde apa pun menarik.. just temple lama2 dan tasik biwa tu je... Apapun kalau korang nak rasa mcm kampung yang korang tengok dalam filem korea dan jepun yang ada sawah padi...  Sini la tempat  yang aku recommend kan. Korang leh sewa basikal di Kusatsu Station.. dan Mintak maps di kusatsu station tu terus... Kalau musim sejuk tak la basah ketiak kalau korang naik basikal kan... Tapi aku recommend kan korang datang musim luruh dan musim bunga.. Sebab udara dia tak la sejuk sgt.. Sesuai korang nak buat aktiviti outdoor tu..

Cara nak pergi kusatsu dari kansai airport.
Amik train jenis Haruka di kansai airport. *tiket boleh di beli kaunter Japan Rail.Cakap nak g Kusatsu. Korang akan singgah di kyoto stesen dulu sebelum ke kusatsu.. So cara ni sama je kalau korang nak pergi Kyoto. So korang leh lepak kyoto dulu bermalam di sana.. Boleh pergi hari ke kusatsu.

Cara nak pergi kusatsu dari kyoto.
Untuk sesiapa yang stay bermalam di kyoto.
Gi mesin tiket-Select english-select kusatsu = harga 800 yen # cara nie valid untuk sesiapa yang tak beli JR pass k. Kalau korang ada JR pass tu.. guna JR pass je tu... Nanti aku wat satu entry utk cerita macam mana nak pergi jepun cara murah tahap gaban tanpa guna agensi yang markup gedebak gedebuk tu... Tanpa menjejaskan pocket money korang dan duit kita yang tengah jatuh nie... aku akan bagi guide line soon..

Kusatsu station west gate ke east gate.. lupa da..


map kusatsu dekat je dengan kyoto tapi jauh dari jepung...

Saturday, November 28, 2015

Hidup Ini Untuk Memberi

Selalu kita mendengar tagline "Hidup Ini Untuk memberi". Aku baru sedar kuasa memberi apabila aku di "selected" untuk membeli satu unit apartment/flat kos rendah di sekitar Puchong. Nama projek tu di Taman putra prima phase 7A.

Pada November/Dicember 2015, jam hampir 11 malam.. Aku baru balik kerja overtime dari kilang aku... Aku terpikir rasa mcm nak bukak peti pos nie. Perghhhh...aku dapat surat LPHS(lembaga Perumahan Hartanah Selangor) Sukacipta dimaklumkan aku berjaya untuk memiliki unit kos rendah apartment/flat under Pemaju Plenitude Sdn Bhd. Dengar mcm free je dapat.. Hakikatnya still kena bayar deposit dan legal fees juga. Harga rumah nie dalam 42K dan legal fees dan kos snp.. lebih kurang aku habis nak dekat 3 K. huhuhu.

Berdasarkan tag line tajuk post kali nie,cuma aku nak bagitahu... Sebelum beberapa bulan aku dapat surat tawaran beli rumah tu, emak aku ada mintak duit dgn aku about 4 K untuk kegunaan bisnes dia dan lain2.. Asalnya niat aku duit tu aku nak wat modal untuk beli rumah pertama..  Tapi mak mintak kan.. Hati aku berkata... mungkin ada rezeki kat lain... Insha Allah.. Amin..

Tapi tak sangka.. Murah rezeki aku.. Mana nak dapat lagi da.. rumah 42K di puchong.... 700 sqft lak tu siap dengan balkoni lagi. Pemaju track record bagus.. berpengalaman dalam project perumahan landed dan kondo.

Tips di sini.
1. Jangan berkira sangat dengan keluarga.
2. Yakin ada rezeki mana2..
3. Bagi yang bujang.. cuba saving2..n saving2...

Sini aku payung gambar project developer di taman putra prima dulu.. Next post.. aku tulis macam mana aku mohon dengan SUK dan perjalanan pengembaraan aku untuk dapatkan unit.. duit celah mana dapat.. tips lulus pinjaman bank... dan lain2 seumpamaanya..

Inilah pengembaraan aku. Aku hanya pekerja kilang jepun, tetapi aku mempunyai impian untuk jadi taukey, aku berimpian untuk menjalankan perniagaan backpackers hostel di Terengganu nanti.. Insha Allah....

Bersambung

dijangka siap pertengahan 2017

SNP aku bertahan 3 tahun untuk keluar duit dari KWSP.
 


Aku pergi Jepun Untuk kerja Bukan Untuk Jalan

Aku pergi Jepun Untuk kerja Bukan Untuk Jalan

Pada awal.. Januari 2015, dan buat pertama kalinya aku ke Jepun untuk urusan di panggil bisnes trip oleh Company ku. Alhamdulillah, syukur aku dapat melihat negara yang dikatakan maju di segala aspek.. apapun ada kurangnya selama seminggu ku di sana.


Itu la tiket voucher yang diberikan oleh company ku. Gembira bukan kepalang.. kerja keras ku di kilang jepun ini hampir 2 tahun setengah berbuah hasil untuk menjejaki ke Negara matahari terbit.

Aku akan ke HQ company aku ke sana.. HQ Canon Machinery yang ditempatkan di Kusatsu,Shiga. Ramai budak2 kilang aku usik2 aku... ye la aku pergi seorang diri kot... Selain itu mungkin aku akan ditahan oleh Pak Guard Kansai Airport.

Yup.. Memang aku ditahan!! hahah.. Buat yang pertama kali ke Jepun.. Susun elok2.. tiket filight pergi balik,dokumen tempahan hostel, Jadi, apabila diminta senang nak kasi.. tak la mengelabah sangat. Jangan terkejut jika ditahan.. some of Pak Guard airport nie leh cakap bahasa melayu.. Haha...

Bersambung....