Powered By Blogger
Showing posts with label Pulau Weh. Show all posts
Showing posts with label Pulau Weh. Show all posts

Sunday, July 14, 2013

Rupiah...

Rupiah.. ooo.. Rupiah.. Kenapa diri mu banyak kosong ya.. kamu bikin ku confius untuk kira taw...

Perkiraan Rupiah.. macam nie.. Mungkin ada yang ngak tahu mukin ada yang tahu..
3000Rupiah = 1RM...

Aku sepanjang kat sana pening cm tu je.. nasib ada kalkulator ciput aku tu.. So slumber je wat kira-kira depan penjual dan tawar2 harga cm tu. So lagi praktikal.. Apa yang aku praktik kat thailand, aku praktik balik kat Aceh ni.. Tapi sini lagi senang sebab depa faham bahasa melayu. tapi kadang2 diorang amik kesempatan gak.. .. tapi biar je la.. Contoh.. Harga rokok Semporna Merah 12,000rupiah. Tapi disebabkan diorang tahu ak orang malaysia dia balung jadi 12500rupiah..  damm!!.. tapi berapa sangat je beza.. kalau convert duit malaysia...

Mood Pengangkutan kat sana utk kita tourist etc ,Ada beca Motosikal dan Kereta (Mobil). Kalau g ramai2 better amik Pak Supir (Mobil) , So leh share2 duit tambang. Beca motosikal aku lum try.. nanti aku akan try bila aku repeat weh.

Mostly orang datang sini.. utk tengok kesan tsunami, makan memang best !!!  segala jenis ayam ada.. Ayam tangkap. Ayam lepas. ayam penyet., Aku suggest korang cuba ayam tangkap!!!! memang best.. Aku tak amik gambar time kitorang makan tu. Sebab time tu aku ngap je terus. dan tujuan  pergi Weh island lagi utk dive,  fishing , photographer dan amik gambor di zero north kilometer nol matahari terbenam. memang lawa kalau cuaca baik. Aku pergi sana cuaca hujan gerimis.. huhuhuhu... Aku tahu lawa semua orang cakap lawa.. orang kampung selalu lepak2 duk situ. Sambil layan kopi .. * memang aku repeat balik.. tak puas lagi g sana..

Cara nak pergi weh.. Naik ferry. Ferry Slow ada, Ferry laju ada..  Yang Slow berharga 18,000rupiah.
Yang laju berharga 55,000 - 80,000 rupiah depends on class. Yang slow mengambil masa 2 jam.  yang laju mengambil masa satu jam.

Bila dah sampai airport acheh.. tu. Cakap je kat pak supir.. Nak g perlabuhan nya.. Org aceh panggil jeti , pelabuhan.  Jikalau nak ke weh la.. nama jetinya Ulee Lheue .

So.. post ni utk orang yang kurang mengerti ukt datang ke Pulau Weh. Utk info tambahan boleh tanya google atau comment je kat bawah nie...

Utk Travel kali nie.. aku kurang mengambil gambar.. tak tahu kenapa..btw. Aku akan datang lagi ke Weh 31 August nanti. Sudah jatuh hati kat sini kot... Betul la mat salleh kata.. "Plan asal mahu stay seminggu tapi lanyak ke 2,3bulan. "


utk class ekonomi. harga dalam 55,000rupiah. Takda aircond ni..

Tiket ferry laju. 

Kereta Pak Supir di banda acheh. Kalau datang berempat berlima. dapat share duit.
Range 150,000-190,000 rupiah perday




Sunday, July 7, 2013

Tourist vs Traveller

Aku baru mengerti apa itu tourist apa itu traveller selepas aku pulang daripada dive trip di Pulau Weh..
huhuhu.. Aku merasa malu,bengang tahap abadi.. apapun aku tetap cool sepanjang trip demi menjaga hati kawan-kawan kan..

Aku terkejut beruk apabila berjumpa dengan kawan-kawan dive aku di LCCT.. aku terkejut disebabkan salah sorang group kami.. membawa awek yang cukup-cukup seksi, dengan belahan dadanya.. dan shortpants nya.. muka tak la lawa sangat. grrr...
Aku terkejut bukan seksinya.. tapi takkn la minah ni tak tahu yang tempat kita nak tuju ni.. Negeri Acheh!
Acheh.. k.. Acheh bandar serambi mekah... Macam Kelantan.. tapi lagi hebat islamnya di sana. dan satunya2  Negeri yang menjalani undang-undang Islam selepas Tsunami besar dan juga selepas mendapat kuasa Autonomi Khusus dari segi hasil bumi,undang-undang dari Republik Indonesia.. 
Kalau g thailand aku tak la kisah sangat..
Sepanjang trip di sana.. Aku berasa malu sangat-sangat, bukan aku sorang je.. kawan aku dalam group tu pun malu jugak. dah la banyak karenah..Cakap panas la.. serabut dengan orang kampung la... Makan nak tempat mahal2 la.. apa la.. semua r... Semua nak depends pada dia... Apapun aku tetap cool.. Nasib kawan yang bawak awek ni.. aku tak berapa kenal..cuma kenal mcm2 tu je..Beza umur pun 10 tahun dengan aku.. Aku nak nasihat pun tak sedap..  Tapi kawan yang bawak awek nie aku tahu dia dah kawin r.. Macam-macam orang kat dunia ni Aku tak expect pun dia bawak awek.. kalau aku tahu memang aku tak nak datang.. huhuhu...

Apapun aku respect dengan minah2 salleh yang datang sini.. siap dengan berhijab lagi.. pakai baju besar.. seluar besar.. datang pulau weh pun.. tak berbikini.. di pantai.. kira jaga tatatertib r.. So.. Aku respect giler dengan diorang punya sense terhadap local.. Sampai aku perasan ada sorang pakcik local tu mengeling kepala apabila melihat perempuan ni. yang seksi ni. Mana taknya... di Pulau weh... di acheh... nak tengok orang perempuan pakai baju ketat pun susah.. pakai seluar jeans pun susah.. free hair lagi la tak da.. Sejuk mata memandang.. rasa ada something ketenangan di bandar dan pulau tu..

Situasi di Pulau Weh pula.. Arak memang tidak dijual sama sekali... Parti-parti pun tak da .. Kalau mat salleh nak minum .. kena bawak sendiri.. tetapi tidok boleh minum tempat terbuka.. Tapi mat salleh tak da lak yang bawak.. semuanya layan kopi acheh..bukan kopi taik musang ek..  Memang sedap tahap dewa r kopi tu...

Ni first trip aku dengan diorang... Apapun aku tetap belajar pengajaran sepanjang trip ini.. Walaupun short trip, aku tetap mencari peluang beramah mesra dengan orang tempatan sana.. Bekas gerakan acheh merdeka.. siap borak sehingga larut malam dengan bekas pejuangnya lagi...menceritakan kekejaman tentera indon atau dipanggil tentera jawa oleh GAM. Sampai budak-budak ni pelik pergi mana la aku malam-malam sampai tak balik.. Aku realize dengan diri aku.. kesan daripada Solo Travel sebelum-sebelum ni.. banyak mengajar erti sense dengan local people.. lagi berani mengambil risiko... dan lebih independent.. tapi masih banyak mengenal erti hidup.. Aku pun sudah jatuh hati dengan pulau weh.. mana taknya... Camera aku dan undewater casing  tertinggal di dalam kereta supir dapat balik.. Supir tu bukan pakcik.. tapi adik yang berumur 19! muka gengster lak. tapi baik!  dan membuatkan aku terharu Orang kampung pulau weh tu bagi balik keesokannya. tertinggal satu malam pulak tu....

Finally.. Aku tak kata diri aku ni pengembara ataupun backpackers..tapi aku fikir selagi aku kuat,muda.. aku patut buat sesuatu terhadap diri aku yang begitu bermakna tanpa mengabai atau lalai dalam SuruhanNya.. Aku bukan pergi berjimba.. aku bukan pergi huha sangat.. tapi Aku pergi melihat tempat,berfikir,bercakap dengan strangers..  Aku akan cuba cost down semaksimu mungkin perjalanan aku.. Seperti mana trip2 aku sebelum ni di thailand.. aku cost down sehabis2 mungkin.. aku pernah tak makan berat hampir seminggu... makan alar kadar. kadang2 aku berpuasa, tidur di stesen keretapi,aku buat ni bukannya apa.. sebab memang aku takda duit.. aku bawak duit ngam2 sepanjang aku trip.. Sebab mission aku dive sahaja... satu lagi.. walaupun aku ada pendatapatan tetap.. masa yang lebih aku ada wat kerja part time. kerja catering... kerja bantu orang jual burger.. So far Alhamdulillah.. hidup dengan penuh bizy.. dengan belajar part time lagi... dengan kerja nya lagi... huhuhu... itu membuatkan makin hari aku makin kuat.....
odw to weh island

sunrise

view depan pulau weh