Powered By Blogger
Showing posts with label Koh Tao. Show all posts
Showing posts with label Koh Tao. Show all posts

Sunday, July 14, 2013

Ferry paling Lama dalam sejarah

Kali ni, aku rasa mengapa mahu beli tiket yang package combine balik sehingga Kuala Lumpur. Biasanya aku lagi selesa beli sendiri satu persatu jika ke sesuatu tempat. atau lagi selamat beli di kaunter terus senang..
Mungkin aku penat. atau dah malas nak fikir da..

Aku beli tiket combine dari Koh Tao - Suratthani - Hatyai - Kuala Lumpur. Ada baik buruknya tiket combine ni... Yang baiknya.. Kau tak yah fikir da.. nak naik apa.. ikut orang yang manage je.. Macam travel agent la.. dia akan uruskan semua perjalanan tu. Yang buruknya.. diorang tukar-tukar kenderaan nak pergi sesuatu tempat. Yang peliknya. Diorang bukan dibawah satu company. tapi customer dibahagikan kepada agent-agent berbeza. Maknanya makan untung sama-sama r. So, Mungkin dalam perjalanan ni. Kau akan diminta tips. , bayaran.. walaupun tak banyak... tapi bagi aku... aku berkira.. Sebab kita bayar tiket utk whole journey sehingga Kuala Lumpur. So.. kenapa perlu bayar lagi kan.. 

Koh Tao hingga Suratthani memakan masa selama 8 jam menaiki ferry. Dan Suratthani to Kuala Lumpur berjarak 900 km. So. macam2 jadi... jadi make sure kena be aware and sense jika orang mintak bayaran ke apa. btw.. Aku dah serik beli tiket combine mcm nie.. Next trip.. Aku mahu beli tiket asing2.. biar aku je manage. Biar lambat.. tapi kita nampak duit flow tu kemana.. dan lagi jimat dan boleh pilih.. nak third class ke.. first class ke...
Jetty di Koh Tao

Apapun. Pengalaman yang bernilai buat aku.. adalah naik ferry dari Koh Tao ke Suratthani dengan memakan masa lapan jam perjalanan.. Perghhh.. Macam balik kelantan pun ada... dah la ferry tu besar... ferry tu juga angkut kenderaan juga.. Jangan risau.. ramai je backpacker naik ferry. So sepanjang perjalanan aku menjadi duta malaysia secara tak langsung. Mostly diorang nak pergi Kuala Lumpur.. macam2 la diorang tanya.. Boleh tak pakai seksi..? boleh tak minum sambil berjalan..? lepas tak bawak minuman beer chang dari imigresen..? dive sites di malaysia macam mana...? Yang aku terkejut beruk.. Ada mamat sweden yang bertatu penuh berbadan tough.. bagi assalamualaikum dekat aku..  Rupa-rupanya.. Dia duk lama di Pulau Perhentian. bekerja sebagai dive master... Siap kenal member aku lagi tu.. Yang bagusnya.. dia jadi duta malaysia duk promote kat t backpacker lain.. Bangga sey jadi rakyat malaysia. Yg bestnya.. Dia kata cm nie.. Malaysia is beautiful country. is beautfiul because u can see.. Chinese,Malay,indian can work together without prejudice...
Katil aku sepanjang perjalanan. Not bad utk overnight ferry.

Harga tiket 
Ferry Koh Tao - Suratthani - 600 baht 
Surattani - Kuala Lumpur  - 800 baht ( Routenya Suratthani - Hatyai by mini van.  And hatyai to Kuala Lumpur by bas ) dengan melalui Sadao border. 


tiket Koh TAo to Suratthani.
Tiket ni je tinggal. Yang lain mana tah ilang

Dengan pengalaman balik ni, Baru aku realize.. Betapa senangnya negara kita dimasuki oleh orang asing2 dsinii melalui jalan darat dari india,burma,.GRO belah vietnam pun senang masuk datang ke negara kita cari makan.. huhuu.. 
jerty di surattani




Saturday, May 11, 2013

Koh Tao

mukadimah dulu.. alang2 menunggu masuk magrib dan kelas aku  malam nie.. huhuhu

Koh tu Pulau...

Tao tu Penyu...

So Pulau Penyu...

Koh Tao berkeluasan 20kmpersegi. dan very crowded dengan backpackers seluruh dunia yg datang semata-mata untuk buat diving course.

Walaupun Dinamakan Pulau Penyu.. Satu ekor penyu aku lum jumpa sepanjang aku dive kat sini..
Kata Budak2 diver kat sini.. 10 tahun lepas memang ya.. penyu banyak kat sini.. tapi disebabkan peningkatan pemburuan haram dan touristy yang crowded di pulau tersebut menyebabkan penyu mungkin berhijrah ke tempat lain.

Tapi Apa yang istimewa di Koh Tao ialah.. Tempat laluan whale shark atau jerung paus Iaitu species shark terbesar dalam keluarga shark. Walaupun Terbesar shark tersebut. Tapi shark nie manja dan vegetarian yang memakan plankton dengan menganga mulut sambil berenang..

google - whale shark -

Selain istimewanya itu... Koh Tao di kenali dengan untuk membuat kursus-kursus menyelam dengan harga yang berpatutan dengan sedikit murah daripada negara lain dan banyak pilihan dive centre dan budget hostel yang ditawarkan. So.. Kalau korang nak datang sini.. Make sure survey dulu.. di website dan booking terus.. So bila dah sampai senang la sikit.. Takyah berangan nak walk-in.. memang penat untuk mencari yang sesuai.. Aku cadangkan bigblue diving centre.. Sebab bigblue satunya2 diving centre yang menawarkan free accomadation as long as korang buat dive course dengan diorang. tapi kena cepat la kalau yang free.

Selain itu.. di pulau ini.. Korang berpeluang untuk join marine volunteer yang jenuh ditawarkan oleh dive centre di sini.. Antaranya. Underwatear marine CleanUp, Reef Check Survey, Coral adopt program, dan etc.
haa...
Aku teringat kata-kata mamat sweden.. "Thailand , exp Koh Tao, the best place if u want to do course and Malaysia the best for fun dive." Senang citer. Malaysia dive site lagi cantik dari Thailand. Dan akui sendiri sebab dive site kita yang mantap ialah di Pulau Perhentian dan Borneo. :)

Satu lagi yang membuatkan aku bangga jadi Malaysian. Ramai orang foreigner cakap, The difference diving industry thailand and Malaysia only instructor,divemaster,and owner dive centre. U Know Why? Because, instructor,divemaster mostly from local people and they r very good english. And In thailand, the instructor and divemaster from European Guys.... So.. The local know very well about diving site..






Monday, May 6, 2013

Luahan Rindu..

aku rindu koh tao.. aku rindu bigblue diving centre... aku rindu roomates aku masa pergi dive kat Koh Tao..

Banyak-banyak aku travel.. roomates aku kali ni yang paling awesome.. dan sangat menghormati antara satu sama lain,pembersih,kelakar,tak sombong, dan aku tak tahu aku akan jumpa lagi yang macam korang nie... huhu.. masa aku blah dari bilik sambil bawak backpack tu.. dalam tak sedar aku menangis.. hampir 2 minggu kita habiskan masa bersama.. huhuhu.. mengumpat,makan nasi seven eleven sama2,makan pad thai sama2x, menyelam sama2x.. Yang Paling best part mengumpat budak bilik lain aka penyelam lain.. hehehe... dah macam duk malaysia da.. hakikatnya bahasa lain je guna.. haha.. banyak lagi aktiviti yang aku sampai lupa nak tulis kat sini.. huhu....

betul la kata Fatt. aka backpacker busuk. Bila kita travel nie.. jangan feeling hard sangat.. yang lepas tu biarkan lepas sahaja.. kita teruskan perjalanan kita sendiri.. arghhhhhh.. huhuhu.. :( aku tak nak balik sangat time tu.. nak duduk je sampai korang blah... Tapi apa boleh buat.. aku kena berada dunia realiti yang aku ada amanah di Malaysia.. huhuh.. Semoga Pengembaraan korang selamat ke destinasi seterusnya

Miss You Guys... Muahh2x.. Ben(baju hitam), Malaysia@Alysia ( aku panggil Malaysia dan dia suka panggilan mcm tu), ( Sherer, badan besar umur baru 18 ), dan Lala The Rescue Diver ( Yang meniarap tu ) . Kitorang semua sama.. Sebab kita orang datang sini untuk menyelam....
#Oh indahnya negara kita kalau hidup tanpa prejudis perkauman di kalangan kita.