Powered By Blogger

Saturday, March 9, 2013

Jamebond yeahhh.. Not James Bond.. :D

Sambungan daripada  INI

Song Thaew tiba di Sayan Tour kira-kira jam 1.45petang. Aku di maklumkan. truck ini akan bawak aku untuk ke jeti sebelum berlepas ke Koh Panyee dan james bond island.

Eh.. aku sorang je ke pergi trip nie??  Dan Aku naik truck tu.. baru aku perasan.. yang aku bukan keseorangan.. tetapi aku dapat geng dari German.. Yahoooo.... Perasaan bersyukur tak terkata...
Trip untuk ke Koh Panyee dan james bond island, hanya kami 2 orang sahaja pada petang tu.. Cantik r.. tak la crowded sangat atas boat nanti..

Mula-mula.. nak mulakan borak tu punya la aku pikir.. bapak r.. sombong giler dia nie.. dah la rupa macam takut semacam... Aku tegur-tegur.. baru la aku tahu kenapa mula-mula macam dia takut sikit.. Firstly dia pikir, beliau seorang sahaja tourist di situ... Satu lagi .. dia tengok rupa  macam orang thai... haha.. Apa da.. Kau ingat kitorang nak bawak kau dalam hutan nak rompak kau ke..

Bila aku perkenalkan diri.. yang aku ni dari Malaysia.. Baru la kitorang rancak berbual-bual.. biasalah.. Solo Traveller meet the Other Solo Traveller.. Memang rancak r berbual... Dari Isu politik,adik beradik, perempuan.. Pasal negara... pada sepanjang perjalanan trip tu.. Rasa enjoy borak lagi daripada enjoy permandangan semasa trip tersebut.

.............................................................................................................


Boat jenis(google images) ni la amik kami dari jeti untuk bawak kitorang ke Koh Panyi lepas tu bawak pusing2 di jamesbond island.. So itu la itenary kami pada hari itu...


Google Images

jeti  ke koh Panyi.. Mungkin ada jeti lain jika tourist ramai, coz this jetty more to local people 


Mula-mula tu kami dibawah singgah ke perkampungan islam aka Koh Panyi.. Hampeh.. aku ingat lama dibawaknye singgah sini... lebih kurang 15minit je.. huhu... Pikir-pikir balik takda masa gak nak pusing satu kampung kat pulau tu.. sebab amik package halfday je kan...
Aku diberitahu... kat situ.. ada sekolah,masjid,court futsal..

Map kedudukan yang aku tahu... - Google Images -



Jamebond Bunglow

Aku dibawak masuk ke Pulau tu melalui Jamebond bunglow.. haha.. aku tak pasti sama ada diorang tersalah eja atau sengaja buat ejaan macam tu... Tergelak aku dengan mamat German nie.. sampai ke hari ni.. kalau kitorang bercoment2 kat fb.. kalau teringat pasal tu.. mesti tergelak..


Single lagi.. umur baru 20... tapi cakap mesti ada point.. bukan ckp merepek r..
do we really need bicycle here?? hehe
suasana kampung yang sempat di snap!

...................................................................................................


Lebih kurang 15 minit.... kami melepak.. tekong boat pun panggil kami dalam bahasa thai tapi orang melayu... Melayu Thai katanya..... tekong tu membawak kami sekitar  JamesBond Island. dan mangrove forest ( lebih kurang hutan  paya bakau )

Sebab apa panggil jamesbond island .. Sebabnya Pulau ni tempat babak filem jamesbond iaitu
The Man with the Golden Gun. Filem ini diterbitkan pada tahun 1974.. perghh dah lama da...



kat sini.. leh sewa kayak.+guide = Rm30


kalau anda rasa haus semasa kayuh kayak ke apa.. ada Jual air kelapa selepas melalui terowong  ni.
antara spot menarik di Jamesbond island
Antara scene yang menarik di semasa perjalanan Pulang dari Trip Jamebond Island!


bersambung...


*Alhamdulillah.. dapat gak masa  nak menulis nie. diari pengembaraan Thailand aku ni... Sejak2menjak nie.. aku tak berapa sihat(demam) dan sedikit bizy dengan urusan dunia.. huhu..