Powered By Blogger

Sunday, February 3, 2013

Betul ke nak g Sorang Thailand ni..

Tarikh aku bertolak semakin hampir.... iaitu 23/1/2013.Naik keretapi dengan tiket seat KTM untuk ke Hatyai,Thailand...
Seminggu sebelum gerak tu, memang aku tak lena tidur.. dengan aku berfikir macam-macam perkara negatif, rasa malas nak pergi pun ada.. rasa malas nak packing pun ada.... Jadi untuk menghilangkan rasa-rasa negatif tersebut, aku men-download cerita-cerita berunsur-unsurkan dunia menyelam, dan pengembaraan seperti movie Men of Honor , Gandhi ,Into the wild , The beach... dan dalam masa yang sama, movie ni boleh menambah koleksi movie yang ada dalam ipod aku dan boleh di layan dalam keretapi nanti.


Dalam masa seminggu nak gerak ni la.. baru aku bagitahu ke mak aku.. Yang aku nak pergi thailand secara seorang diri dan tujuan aku kesana untuk menyelam di Phi-Phi island dan selepas itu mengembara ke Utara Thailand. Biasa r orang tua.. dan kita diam je la.. Apabila mak aku berleter dalam telefon, macam-macam la dia kata.. Thailand ada bomb la.. nanti kena culik la... dan tak boleh bla sekali.. Nanti Polis Siam akan suspect aku sebagai pengintip la... Mungkin disebabkan wajah aku nie.. ada gaya tentera dan rambut aku pun aku cutting ala tentera...Dan mak aku suruh pakai topi nanti bila pergi tu.. hahaa.. kelakar pulak aku rasa..

3 tempat utama yang aku plan untuk pergi thailand nanti. Iaitu Krabi, Bangkok dan Chiang Mai. Yang Pastinya semua jalan darat digunakan untuk menjelajah negara thailand ini. Sebenarnya untuk ke bangkok dan Chiang Mai aku tak plan apa aku nak buat di sini disebabkan hati aku masih 50-50 dan hati tak sedap untuk ke sana.. Aku ada baca LP dan blog-blog orang tapi aku rasa serabut lak untuk pusing-pusing di Bangkok nie dan tak ada berapa idea sangat tentang public transportation di bangkok ni. Tapi untuk chiang mai dan krabi memang aku ada idea apa nak di buat dan duduk di mana dan naik apa untuk pergi mana-mana sahaja.

Perancangan rapi untuk ke Thailand hanya di lakukan untuk ke Krabi sahaja. Ini kerana mengapa krabi sahaja, di sebabkan aku kena mengejar masa untuk booking dive dengan mana-mana dive centre di aonang nanti. Perancangan aktiviti di bangkok dan chiang mai aku tak berapa  plan sangat tetapi aku telah study pasal-pasal scam kat bangkok macam mana. MRT tu macam mana sikit-sikit, BTS sky train.. nak duduk kat  nanti.. cuma aku tak booking apapun kat sini. Bukan nak kata aku hebat ke apa... Cuma aku masih ragu-ragu trip untuk ke bangkok dan chiang mai ni....

Bersambung...

dari KL Sentral ke Padang Besar , tempat ni lagi best daripada duk di seat  yang sempit, ramai budak2 nangis.. dengan bisingnya budak-budak dari mana tah..
serius LP ku banyak membantu untuk menghindari SCAM!


1 comment: