Powered By Blogger

Saturday, February 9, 2013

Semuanya Pertama Kali dalam Hidupku~

Sambungan daripada INI

Hati terasa debarannya,hatiku sedikit sebak,aku berasa sedikit lonely,terasa teruja sepanjang perjalanan menuju ke Padang Besar iaitu sempadan perlis dan Siam. Urusan Imigresen Malaysia dan Thailand akan di lakukan di Pos Imigresen Padang Besar. Aku terkial-terkial,penat selepas turun dari keretapi ktm dan aku hanya menuruti kata-kata pegawai imigresen malaysia dan thailand sahaja dan mengikuti sign board yang berada di situ.

Selepas di cop passport oleh Pegawai Imigresen Thailand, jadi aku sekarang dihalalkan memasuki thailand. Perghhhh.. perasaan itu tak boleh di gambarkan.. Ini kerana Pertama Kali aku ke luar negara,pertama kali aku sorang-sorang, dan pertama kali jugak aku menaiki keretapi untuk perjalanan sejauh ini.

Masa yang di ambil untuk urusan passport sekejap sahaja. Walaupun orang agak ramai tapi urusan passport begitu lancar sekali. Apabila urusan passport selesai, Aku menukar semua duit malaysia yang ada pada diriku pada mak cik melayu siam mana entah yang menjalankan urusan tukar duit di pos imigresen tersebut. Penukaran duit dengan mak cik tersebut sedikit murah berbanding di ibukota Kuala Lumpur. So korang jangan risau, kalau tak sempat tukar duit di Malaysia, boleh tukar disini, jika bertandang ke Thailand melalui sempadan pos imigresen keretapi api Padang Besar.

Masa yang ada, aku melantak sepuasnya-puasnya makan di Food Court tingkat atas pejabat imigresen tersebut, harga sedikit mahal, takpe.. duit malaysia tinggal RM10, So aku habiskan duit RM 10, kasi kenyang.. Walaupun orang cakap Selatan thailand terutamanya di area Krabi, makanan halal senang di dapati, aku belum yakin dengan perut aku ni.. boleh adopt ke tak dengan masakan di Thailand.. Ketika makan ini la, aku perhatikan ramai jugak orang malaysia pergi ke thailand  semasa cuti maulidur rasul dan thaipusam dan juga aku perhatikan, ramai yang travel by group orang-orang muda malaysia...

Semasa tengah makan tersebut aku berkenalan dengan pasangan muda yang ingin berbulan madu di krabi katanya.

Selepas sejam aku rasakan berada di food court , Aku menaiki train yang sama balik yang di arahkan oleh staf imigresen.. Rasakan gerabak train yang sama aku naik, tapi apahal aku tengok seat aku orang lain duduk, dan kebanyakkan orang lain je duduk kat gerabak tu. Emm.. takpe la berdiri-berdiri la, janji aku sampai hatyai. Padang besar ke Hatyai memakan masa selama kira-kira sejam setengah ke 2 jam.. entah la.. aku tak kira lak.. sebabnya.. hatiku berdebar-debar saat nie.. aku dah rasa lain macam, everyone looked me strange because i was alone... arghhh.... dah la.. time ni ramai pulak railway thai police dalam gerabak nie.......

Walaupun, orang lain anggap pergi thailand je pun, sesetengah orang biasa sahaja, tapi bagi aku ini pengalaman yang luar biasa bagi ku.Permulaan pengembaraan ini, ku dah merasakan cabarannya dan misi utama aku ialah menyelam di Phi-Phi island, itu sahaja~ 
bersambung... 
                      







6 comments:

  1. salam

    Excited nye bace ur journey p thailand....huhuhu bln 4 nih insyallah bakal pegi sana gak...mmg bgs la dpt baca ur blog...bleh jadi rujukan... heheheh

    btw, dapat tak cari calon mase last sem??? heheheh

    ReplyDelete
  2. wsalam, sebelum g bulan 4 tu check weather dulu k. Masa tu rasanya dah lowe season. So package2 banyak murah.. Untungla.. Kalau cuaca baik, package murah...
    banyak lagi blog yang leh jadi rujukan.. Blog saya ni cepisan je awk.. huhu

    ReplyDelete
  3. Owh...mcm tuh ek....kene check weather.... bru taw....huhuhu skrg nih pun tgh baca2 blog travelling....bru je habis bace travelog bangkok n hadyai kat blog fatt dr blog backpackerbusuk....syokk woo.....sy plan nk ke pataya - bangkok- hadyai je

    ReplyDelete
  4. Fatt ti memang otai travel. Saya lum sampai lagi pataya.. Insya allah.. kalau ada trip dive lagi.. saya akan ke sana...Btw, saya tak suka bangkok... huhu

    Enjoy ur trip k. :)

    ReplyDelete
  5. Wahhh..mesti bcmpur baur kan perasaan time tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. emm... tu r...huhu.. apapun Alhamdulillah.. Janji Selamat

      Delete