Powered By Blogger

Saturday, January 5, 2013

Tahun baru 2013..

Entah la.. napa aku rasa macam sedih,emo,sunyi bila masuk tahun baru 2013 tapi dalam masa yang sama aku gembira. bak kata fatt aka blogger backpacker busuk ' happy loser !'.
Mungkin dengan penangan lagu jepun jiwang yang aku sedang dengar ketika aku sedang menulis entry nie....
"Nakitai no ni tanoshii furi suru no wa"  
          " berpura-pura gembira walaupun hakikatnya sedih"

           Tanoshii = Gembira atau Fun.

 "Aku wajib masuk kelas jepun di tempat kerja.. So. Bila dengar lagu jepun rasa macam    best  la pulak"
Bila mengenangkan tahun 2012, tiada apa yang menarik dalam kisah  hidup aku.. cumanya bila nak masuk suku terakhir tahun 2012 dan dive terakhir untuk tahun 2012. Baru la hidup aku berseri-seri dengan dunia yang aku lalui... Takpe la.. Aku masih muda lagi.. banyak yang aku perlu belajar untuk menghadapi dunia realiti sebenar dan membuatkan aku lebih matang untuk menghadapi dunia .

Kisah sedih,kecewa,perempuan,pelajaran,keluarga dan lain-lain  aku tak kan lupakan tapi biarla dia tersimpan dalam lipatan memori di hujung benak otak ku ini. Kisah-kisah yang lepas mungkin boleh jadikan panduan untuk aku meghadapi hidup-hidup seterusnya.

 Pada suku ter-akhir 2012, aku membuat keputusan untuk melibatkan diri dalam dunia diving, Alhamdulillah, salah satu impian aku sejak berada di bangku sekolah lagi, ini mungkin zaman sekolah aku asyik melihat orang-orang diving sahaja jika aku ke Pulau Perhentian bersama rakan-rakan sekolah budak pulau yang bersekolah sama dengan aku.

Apabila aku membuat keputusan untuk menceburi dalam dunia dive ini. Aku cakap kat diri aku sendiri dan hati kecil ku berkata.. Kalau setakat untuk membuat lesen dive sekadar suka-suka dan menunjuk-nunjuk lebih baik tak payah buat. dan betul kan niat itu dahulu. 
Tujuan aku menceburi bidang diving ini. ialah aku ingin bekerja di kampung sahaja. Alhamdulillah, rakan-rakan aku ramai mengalukan-kan kedatangan aku ke Pulau Perhentian dan Pulau Redang untuk bekerja di sana. Tapi aku tak boleh terburu-buru disebabkan aku masih ada benda yang aku perlu selesaikan disini (Shah Alam)
Selain tujuan itu, Impian aku juga untuk menjadi seorang Commercial Diver dan aku tak tahu sama-ada realisitik atau tidak. impian aku itu. ini kerana  memerlukan dalam 60 K untuk complete Commercial Diver pemegang lesen ADAS part 3. 

Commercial Diver
*Commercial Diver = Penyelam-Penyelam dalam Industri minyak dan Gas yang berperanan untuk pasang paip di bawah laut,Inspection Platform Rig , Piping Inspection.. etc..

Setelah masuk tahun 2013, semua orang ada wish list masing-masing kan.. 
First Wishlist. Iaitu aku ingin menjadi orang lebih berdisplin dan sabar... 
Second, harap dapat join project Marine Conservation Reef Coral. Harap dapat diberi peluang!
Third, harap Dipermudahkan untuk Pinjaman beli rumah dan di luluskan.. amin.. 

Selamat Tahun BAru 2013 !!!


3 comments:

  1. tetiba aku nak jenguk blog ko dan tetiba ternampak nama aku...uikkk..hahahaha :D

    terer jgk ko cakap jepun ek ni yg aku rasa jeles sangat sbb aku selalu berangan yg aku terer ckp jepun..dok dengar lagu jepun dari dulu tapi smpai skrg tak paham ape dia ckp. lol :)))

    aku ada 1 lagu yg sesuai utk title "happy loser". tahla sesuai ke idak aku main tibai je. ko try gugel lagu suneohair - waltz

    aku suke dgr lagu jepun sbnrnya tapi maksud tatau..jenuh nak gugel bagai cari translation. anyway enjoy!

    ReplyDelete
  2. semoga semua berjalan lancar seperti yang diharapkan. ;)

    ReplyDelete
  3. msa blaja dlu prnh gatal nk msuk kelab bhsa jepun..
    tp mmpu blaja basic aje.. kihkihkih

    ReplyDelete