Selepas sesi taklimat ringkat oleh Bos tu.. Kitorang Pun gerak menghala ke jeti lebih kurang 100meter daripada tempat dive centre tersebut bersama dengan kapten boat dan awak-awak boat yang membantu kitorang semasa dive nanti.
yehh... Let Dive! |
Kena Check Air Tank dulu.. Pasang Siap-Siap BCD di tank dan Regulator kalau ada apa2 problem masa ni, Kami boleh meminta tukar equipment yang di kehendaki. |
Perjalanan ke dive site yang kitorang akan menyelam nanti memakan masa selama satu jam. Perghhh..babak yang paling aku suka ada la ketika menyusuri laut dengan bot dan angin bayu laut menhempas muka aku perghh.. lega,tenang suasana ciptaan ALLAH S.W.T.
Alhamdulillah, Allah S.W.T memberi kekuatan dan peluang kepada ku untuk mengembara ke dasar laut ciptaan Mu Ya ALLAH S.W.T.
Walaupun Aku berasal daripada Besut,Terengganu dimana Pantai,Laut, memang tidak asing buat diriku.. Tapi selepas aku mendapat peluang sambung belajar ke kota metropolitan, dan ditambah pulak aku bekerja di bandar Jem! iaitu SHAH ALAM.. aku sangat merindui babak-babak tersebut...
Stop Bermadah! Sambung diari ni... *kepala aku tiba-tiba terfikirkan kampung.. huhu..
Setelah satu jam perjalanan. Kitorang pun double check gear equipment dan memastikan kandungan air dalam tank sebanyak 200psi dan kalau kurang ,kitorang boleh claim tukar tank..
selepas gear on dan mengusung tank tersebut.. satu persatu back roll ke dive sites tersebut...
credit to my buddy dive for this recording
Selepas semua dalam keadaan ok.. Dive Master yang lead group kitorang mengarahkan semua descent dan deflate air kitorang dan descent dengan perlahan-lahan.
Aku terkejut dengan suasana dalam laut tersebut.. di mana hijau.. penuh dengan plankton-plankton dan partikel yang bergerak ke arah kami dengan laju.. Ini kerana arus yang begitu kuat di dalam laut. tambahan pulak visibility is around 5-3 meter only. Aku panik seketika.. Yela, aku kan baru lagi dalam dive nie tak panik napa.. So far aku control,cuba relaxkan diri. dan aku tak pasti samaada buddy aku yang lain panik atau tidak...
Visibility Is around 3-5 meter. - Peace! |
Aku cuba untuk maintain punya buoyancy control aku tersebut.. dengan perlahan-lahan dan cuba relax dan diving ke dasar laut dan bergerak secara perlahan-lahan mengekori dive master kami. Tujuan kami datang ke sini untuk mencari landskap yang tersembunyi di selat melaka. Di mana selat melaka memang takde coral mungkin disebabkan laluan kapal tumpahan minyak, tiada kawalan aktivi memancing, sampah sarah.. yang mengalakkan pemusnahan coral.
credit one of my buddy kimi shoted the scene of pollution around this island. huhu waktu time lunch... |
Bersambung....
water confident saya memang fail sgt2, tabik spring kat org yg terer bab ni, especially girl.. vision terhad pun menambahkan fobia, untung punya hobi camni, nice experience..hehe(^__^)
ReplyDeletetq... coz baca diari cap ayam saya... :)
ReplyDelete