Lepas Check out Pak Up hostel pada pagi tu.. Aku terus tahan mana-mana SongThaew dengan harapan Songthaew tersebut menghala ke krabi bas station.. Alhamdulillah.. dengan tambah 20baht, aku tiba di krabi bas station... Aku confuse gak truck Songthaew ni yang bermacam-macam warna.. dan confuse yang mana satu Songthaew yang perlu di naiki. So tipsnya.. Aku tahan je mana-mana Songthaew.. Dan tanya.. Krabi Bas station? Krabi Bas Station.. Kalau driver tu cakap 30baht.. Aku tawar 20baht.. hehe...
tawar menawar harga sudah biasa dalam thailand.. macam negara kita juga le..
Dalam kepala aku sekarang.. Aku nak pergi Koh Panyi. Koh Panyi ni Perkampungan Nelayan Islam Melayu.. Tapi sayangnya.. Sepanjang aku trip ke sana.. aku tak jumpa pun yang boleh cakap melayu... Tapi Cakap Siam je adala... Ni Maklumat Koh Panyi di WIKI.
Koh Panyi ni terletak di daerah Ao Phang-Nga, So, aku pun beli ticket bas untuk ke Ao Phang-Nga dengan berharga 80baht. Murah la tu.. untuk perjalanan yang memakan masa selama Sejam setengah ke 2 jam..
Tiket bas ke Ao Phang-Nga |
Nanti akak di kaunter tu akan cakap, nombor stesen bas yang manakah perlu tunggu untuk bas datang..
kalau akak tu cakap nombor 7, So kena tunggu nombor 7 la.. |
Kebanyakkan bas di sini pergi ke Phuket,bangkok,Suratthani,Hatyai.. So, Sapa yang pergi Krabi dan lepas tu nak pergi Bangkok pun Senang...
Ao Phang-Nga ni terletak di antara krabi dan Phuket.. Jadi jangan pelik la kalau perlu tunggu di bahagaian Phuket.. Sebab bas akan berhenti Ao Phanga-Nga dahulu sebelum ke Phuket....
Sepanjang perjalanan.. hatiku berdebar-debar.. dan tak tahu apa yang aku tempuhi selepas ni...
..............................................................................................
Setelah kira-kira sejam setengah ke 2 jam berlalu.. Akhirnya aku sampai di Ao Phanga-Nga Bas station.
Kecik je pekan ni.. Kalau berjalan kaki boleh la cover kot.. tapi berpeluh ketiak jugak la weh..
Mengikut blogger SHAH RULE, untuk ke Koh Panyi kena memerlukan package yang disediakan oleh Sayan Tour.. Nasib baik.. Bas tu berhenti betul-betul depan Sayan Tour Punya office tu...So senang la..
Setelah dikira tambah tolak budjet,masa travel aku ni.. Jadi aku amik la package paling murah iaitu halfday trip sebanyak 500baht. dan setelah tawar menawar aku dapat 400baht.
Package half day start kul 2.00pm - sehingga 6.00pm.. Package ini termasuk fresh water bottle, Tour Guide, Long Tail boat. Pickup transfer dari Office Sayan Tour ke Jetty..
brochure untuk trip ke koh Panyee.. Ada Full day trip dan ada OverNight Trip |
Disebabkan trip aku bermula Jam 2 petang. So aku ada masa beberapa jam lagi untuk bersiar sekitar Ao Phang-Nga ni.. dan boleh la aku mengcharge ipod dan camera aku. Jangan Risau. leh je mintak tumpang charge kat office di sayan tour tu. Untuk pengetahuan anda semua ,Akak yang kerja kat sayan tour tu pun Orang Islam gak.. So.. Cakap la.. Assalamualaikum semasa berkunjung di sini..
Satu lagi, sebelah Sayan Tour Punya office ni.. Ada kaunter tiket bas. So, aku tanpa berpikir banyak, aku tekad nak pergi bangkok malam ni jadi aku beli tiket bas ke bangkok dengan harga 480bahtt.(SecondClass)
Satu lagi, sebelah Sayan Tour Punya office ni.. Ada kaunter tiket bas. So, aku tanpa berpikir banyak, aku tekad nak pergi bangkok malam ni jadi aku beli tiket bas ke bangkok dengan harga 480bahtt.(SecondClass)
Stesen bas Ao Phang-Nga -Tempat aku berdiri amik gambor ni adalah sayan tour- |
Tiba ternampak bendera malaysia... Satu Asean Katanya |
Masjid Ao Phang-Nga betul2 terletak susur keluar dari Stesen Bas |
Salah satu sumber rezeki penduduk di Ao Phang-Nga |
Add caption |
Bersambung..