Alhamdulillah, Terjunan pertama sebelum ni tiada kemalangan berlaku. Masing-masing semua OK! tapi yang tak bestnya, kami hanya dapat menyelam lebih kurang 35 minutes sahaja. Ini kerana kadar pernafasan kitorang bertambah ( faktor kadar pernafasan mempengaruhi cepat habis kandungan air tank tersebut ) kerana panik dengan arus yang kuat dan air yang hijau gelap tersebut..
Berehat dalam sejam di atas boat sambil menukar tank yang digunakan selaman tadi kepada tank baru untuk next dive seterusnya. Rutin double check equipment diving tetap diteruskan... Sambil-sambil berehat, kitorang borak-borak pasal selaman tadi, dan kapten boat pecut laju boat tersebut ke dive site seterusnya.. di sekitar Pulau sembilan.
Dalam hatiku.. harap-harap selaman kali nie lebih baik dari tadi.. harap dapat melihat landskap yang tersembunyi yang di maksudkan itu... Kenapa aku cakap landskap tersembunyi? ini kerana... Kitorang dive dalam visbility yang amat rendah 2-5 meter sahaja.. tetapi apabila berada di kawasan landskap tersebut terus visibility meningkat ke 8 meter.. dan ada bias-bias cahaya di situ.. Ini menunjukkan pentingnya coral-coral di dalam laut dimana coral di dalam laut berfungsi sebagai filter kepada partikel yang tidak perlukan dalam kitaran hidup laut. Sebab tu.. kalau tempat tu banyak coral.. air dia begitu jerneh sangat-sangat..
cakap banyak tak guna... kalau reader yang baca diari aku ni blur dengan apa yang aku tulis.. ngee... So aku letak video yang direcord oleh dive buddy aku untuk dive sites yang kedua ni...
Ni picture di ambil oleh one of my buddy dive, Kimi..
Aku lum ada underwater casing lagi.. belum ada rezeki lagi... huhu
walaupun dive site tidak secantik tioman,redang,perhentian tetapi KUDA LAUT ADA WEH!! |
Cantik kan! |
Subhanallah,Korang nampak apa tu? |
Alhamdulillah.. terjunan ke dive site kami yang kedua nie.. membuahkan hasil.. Berdive di lautan selat melaka amat memberi cabaran... dan memberi kepuasan yang tak dapat aku leh luahkan kata-kata...
Penat plus Puas hati!
Bersambung....
gmbr last tu nmpk cm bntk ikan bandaraya..
ReplyDeleteehh btul ke??
tak kot.. rasanya sejenis coral fish.. Saya pun nak kena banyak belajar pasal hidupan marin nie.. Cuma masa takde untuk ikut kursus dia..
ReplyDeletewah! kalau dalam picture cantik,tengok secara live mesti lagi cantik kan? *dengki dengan kamu* haha. :D
ReplyDeletesangat cantik pemandangan dalam laut :)
ReplyDeletenabila : memang cantik.. Alhamdulillah. diberi peluang untuk meneroka di dunia bawah laut.. Kalau ada rezeki.. Insya Allah, nak ada camera sendiri.. untuk merakam sendiri permadangan di dunia bawah laut..
ReplyDeleteshana: yup sgt cantik.. Ni belum lagi dive site di laut cina selatan dan sipadan.. lagi cantik di sana. Thanks baca diari menyelam saya.
1xbet korean – Legalbet
ReplyDelete1xbet korean – Legalbet.co.kr. Betting information on all sport. 온카지노 All 1xbet korean Sports and Casino games. Virtual Games, Table Tennis, Boxing and Football 메리트카지노 betting,