Sambungan daripada
INI
Alhamdulillah, sepanjang perjalanan aku dari hatyai ke krabi town tiada masalah, walaupun aku sedikit gabra,panik, di hatyai, mana taknya.. Geng2 tuk,mini van.. terus naik atas gerabak dah main tanya-tanya aku nak pergi mana.. "r u going to bangkok?!" " r u going to phuket?" dan macam-macam lagi la sehingga keluar dari stesen pun.. ada lagi yang menyerang.. aku blur time tu.. huhu.. Aku tarik nafas dalam-dalam.. tumpuan aku sekarang untuk pergi ke hatyai bas station. So aku pun tahan la sejenis kenderaan yang di panggil
Songthaew. Jarak perjalanan ke hatyai bas station dari Stesen Keretapi Hatyai sejauh 4 Km dan dikenakan charge sebanyak 40baht tak silap aku...
|
Pertama Kali menaik SongThaew di Hatyai |
Di hatyai stesen bas, diserang lagi oleh geng2 minivan dan ulat-ulat tiket yang bertanya kan aku ni pergi mana.. dah la tanya dalam bahasa siam pada mulanya.. aduiii... ulat-ulat tiket ni.. bukan jenis jual tiket kat situ.. tapi dia bawaknya kita pergi ke kaunter yang di kehendaki diorang. adui, macam2 la ... pening aku... Harga tiket bas hatyai ke krabi sebanyak 187baht. Murah la tu...
Sepanjang perjalanan ke krabi aku berkenalan dengan orang german yang bekerja di tanjung pelepas,johor.. Sekarang dia amik cuti sama mcm aku untuk travel di thailand.. Banyak aku borak dengan dia di sini.... kiranya first warga eropah yang aku kenal la...
|
Lagi best berdiri naik songthaew daripada duduk dalam tu.. |
Aku check in Pak Up hostel kira-kira jam 5 ptg... ini first time ever tidur sebilik dengan perempuan2 yang tak di kenali.. Masuk-masuk.. beberapa minah salleh adalah tengok pelik aku.. entah la...Aku tak peduli, aku bergegas untuk ke Aonang disebabkan aku perlu walk in dive centre di aonang beach untuk booking dive besok. Sekali lagi aku naik Songthaew merah untuk ke aonang... Serius aku tak tahu dive centre mana aku nak dive.. yang aku tahu dive-dive centre banyak je tepi-tepi jalan dekat aonang night market tu..
Alhamdulillah, urusan aku dipermudahkan. Aku berjaya booking dive ke Phi-Phi island untuk besok dengan Kon Tike dive centre dan ke semua staff di situ berbangsa Sweden. Mati-mati aku ingat bangsa Russia mulanya. Disebabkan awek reception sebijik macam orang heroin resident evil tu.. Dan bangga pulak tu.. bila aku cakap dia macam orang russia..
.........................................................................................
Malam di krabi town dan Pak Up hostel... Aku berkenalan dengan Kelley dari Amerika, Alex dan Yvoone dari Canada. Mereka semua satu dorm dengan aku, dan mereka semua Solo Traveller dan baru berkenalan di krabi town jugak.
Kitorang banyak berborak-borak pasal travel ni, Aku banyak mendiamkan diri dan memproses apa yang diorang bualkan, dah la aku ni english tak berapa ok, muet band 2, dan SPM 7D, huhu.. aku menjadi mangsa bila diorang bertanyakan pasal malaysia.. adui... Aku suka berborak dengan diorang, walaupun english aku tunggang langgang.. diorang tak gelak.. malah lagi rancak berbual ada la.. Kadang-kadang aku confuse sama ada orang malaysia lagi power english atau orang putih... Mana taknya.. bila aku buat presentation masa belajar dahulu.. atau bila speaking.. ada je orang gelak kat aku.. entah la..
Plan kitorang malam tu. berjalan-jalan di krabi night market, yang tepi sungai krabi tu.. Dan mencari sedikit makanan.. Disebabkan Si Alex dan Yvoone dah makan.. Aku gerak dulu dengan si Kelley, Aku sedikit gabra.. Perghh.. berjalan beriringan dengan awek america.. aku kat malaysia pun tak pernah dating berjalan-jalan dengan perempuan berdua-duaan.. Kebanyakkannya semua dalam group time belajar.. masa kerja lagi r.. habiskan masa dengan bola,kerja,dive, lepak, dengan kawan-kawan di kedai mamak layan bola
|
Lepak di Gerai Makan di Krabi Night market yang tepi Sungai Krabi tu.. |
Kelley ni, Solo traveller dari America dah telah mengembara di SouthEast asia selama 2 bulan dah.. dia berasal Washington DC dan sanggup berhenti kerja semata-mata untuk mengembara di SouthEast Asia. Sebelum tu dia dah mengembara di Egypt,Lubnan,Turki sebelum ke Southeast Ssia. Perghh.. Hati kering giler minah ni....
Apabila jam 12 malam, aku dan Kelley balik ke hostel, Semasa perjalanan balik terserempak dengan Si Alex dan Yvoone.. dan Yvoone mintak diri untuk balik hostel...
Alex : Do You Smoke?
Aku: Yeah..
Alex: i mean, w**d..
Aku: Oh no.. man..
Alex: I met the guy thai at reggae bar , selling w**d , this shit very cheap, dude...
Kelley: Oh really..
Alex:
tunjuk gambar rokok g**ja yang dia isap semalam dalam phone dia tu...
Harga g**ja tu.. 100 baht untuk 2 batang rokok ganja tak silap aku....
|
tak amik gambar dlm bar tu, nanti bertambah pelik orang tengok aku |
So, alex ajak kitorang teman dia untuk ke reggae bar tersebut untuk dapatkan g**ja.. Sebab dia nak barang tu.. dia nak bawak pergi ke Full Moon Party di Koh Phangan..
Emm.. layan je la.. Semasa di sana.. Alex,Kelley disambut baik siap peluk2 lagi oleh budak-budak thai yang jaga bar reggae.Aku je yang tak disambut baik, dan budak-budak thai semua tengok aku pelik dan pandang aku dari atas ke bawah... huhu..
Aku macam tak sedap hati.. tapi aku buat-buat relax dah la. Ramai budak-budak thai lepak sini dan eropah guy.. Dengar daripada slang.. macam orang england mostly lepak situ.
Setelah sejam lepak situ.. Alex,aku dan kelley chow dari situ, Alex kata, dia tak dapat barang tu. Taukey tu kata.. barang tak da untuk malam nie.... bila lepas keluar dari bar tu.. aku rasa lega.. dan aku mahu balik dan tidur! Esok aku mahu dive....
Kesimpulannya
|
Songthaew - Google Images |
|
berjalan je area situ... nanti nampak signboard SongThaew untuk ke Aonang
* aku rasa, tunggu di MINI buses tu.. |
1. Krabi town ke Aonang - SongThaew memakan masa selama 15minit dengan tambang 50baht
2. Kenapa kebanyakkan SongThaew menjadi pilihan?? Ini kerana SongThaew paling murah bagi Public Transportation Thailand.
3. Package Dive RM 350-390 untuk 2 kali-3kali dive di Phi-Phi island dive site harga tu mahal jika booking dive centre di sekitar aonang. tetapi murah RM 100 jika booking dive di dive centre di PHi-Phi island tetapi accomadation di PHi-Phi island mahal pulak ketika peak season nie.
4.Dorm penginapan Pak Up Hostel bersih dan selesa. dan aku booking dengan agoda aku dapat RM40 untuk 2 malam. The best place staying if u r solo traveller and chance to meet another traveller.
5. Krabi town relax,tenang dan tak macam phuket. Opinion other traveller..
6. Geng-Geng orang putih ni respect pendirian aku dan tidak mempersoalkan kenapa aku tidak minum dan aku solat. dan tidak memperlekehkan aku kenapa aku tak minum... Ini membuatkan aku selesa dengan diorang malah menarik minat geng2 orang putih bertanyakan keadaan islam di Malaysia.
7.Kebanyakkan diorang tak pernah jumpa solo traveller from Malaysia.. Jadi aku menjadi duta malaysia secara tak langsung di sana..
Bersambung...