Aku baru mengerti apa itu tourist apa itu traveller selepas aku pulang daripada dive trip di Pulau Weh..
huhuhu.. Aku merasa malu,bengang tahap abadi.. apapun aku tetap cool sepanjang trip demi menjaga hati kawan-kawan kan..
Aku terkejut beruk apabila berjumpa dengan kawan-kawan dive aku di LCCT.. aku terkejut disebabkan salah sorang group kami.. membawa awek yang cukup-cukup seksi, dengan belahan dadanya.. dan shortpants nya.. muka tak la lawa sangat. grrr...
Aku terkejut bukan seksinya.. tapi takkn la minah ni tak tahu yang tempat kita nak tuju ni.. Negeri Acheh!
Acheh.. k.. Acheh bandar serambi mekah... Macam Kelantan.. tapi lagi hebat islamnya di sana. dan satunya2 Negeri yang menjalani undang-undang Islam selepas Tsunami besar dan juga selepas mendapat kuasa Autonomi Khusus dari segi hasil bumi,undang-undang dari Republik Indonesia..
Kalau g thailand aku tak la kisah sangat..
Sepanjang trip di sana.. Aku berasa malu sangat-sangat, bukan aku sorang je.. kawan aku dalam group tu pun malu jugak. dah la banyak karenah..Cakap panas la.. serabut dengan orang kampung la... Makan nak tempat mahal2 la.. apa la.. semua r... Semua nak depends pada dia... Apapun aku tetap cool.. Nasib kawan yang bawak awek ni.. aku tak berapa kenal..cuma kenal mcm2 tu je..Beza umur pun 10 tahun dengan aku.. Aku nak nasihat pun tak sedap.. Tapi kawan yang bawak awek nie aku tahu dia dah kawin r.. Macam-macam orang kat dunia ni Aku tak expect pun dia bawak awek.. kalau aku tahu memang aku tak nak datang.. huhuhu...
Apapun aku respect dengan minah2 salleh yang datang sini.. siap dengan berhijab lagi.. pakai baju besar.. seluar besar.. datang pulau weh pun.. tak berbikini.. di pantai.. kira jaga tatatertib r.. So.. Aku respect giler dengan diorang punya sense terhadap local.. Sampai aku perasan ada sorang pakcik local tu mengeling kepala apabila melihat perempuan ni. yang seksi ni. Mana taknya... di Pulau weh... di acheh... nak tengok orang perempuan pakai baju ketat pun susah.. pakai seluar jeans pun susah.. free hair lagi la tak da.. Sejuk mata memandang.. rasa ada something ketenangan di bandar dan pulau tu..
Situasi di Pulau Weh pula.. Arak memang tidak dijual sama sekali... Parti-parti pun tak da .. Kalau mat salleh nak minum .. kena bawak sendiri.. tetapi tidok boleh minum tempat terbuka.. Tapi mat salleh tak da lak yang bawak.. semuanya layan kopi acheh..bukan kopi taik musang ek.. Memang sedap tahap dewa r kopi tu...
Ni first trip aku dengan diorang... Apapun aku tetap belajar pengajaran sepanjang trip ini.. Walaupun short trip, aku tetap mencari peluang beramah mesra dengan orang tempatan sana.. Bekas gerakan acheh merdeka.. siap borak sehingga larut malam dengan bekas pejuangnya lagi...menceritakan kekejaman tentera indon atau dipanggil tentera jawa oleh GAM. Sampai budak-budak ni pelik pergi mana la aku malam-malam sampai tak balik.. Aku realize dengan diri aku.. kesan daripada Solo Travel sebelum-sebelum ni.. banyak mengajar erti sense dengan local people.. lagi berani mengambil risiko... dan lebih independent.. tapi masih banyak mengenal erti hidup.. Aku pun sudah jatuh hati dengan pulau weh.. mana taknya... Camera aku dan undewater casing tertinggal di dalam kereta supir dapat balik.. Supir tu bukan pakcik.. tapi adik yang berumur 19! muka gengster lak. tapi baik! dan membuatkan aku terharu Orang kampung pulau weh tu bagi balik keesokannya. tertinggal satu malam pulak tu....
Finally.. Aku tak kata diri aku ni pengembara ataupun backpackers..tapi aku fikir selagi aku kuat,muda.. aku patut buat sesuatu terhadap diri aku yang begitu bermakna tanpa mengabai atau lalai dalam SuruhanNya.. Aku bukan pergi berjimba.. aku bukan pergi huha sangat.. tapi Aku pergi melihat tempat,berfikir,bercakap dengan strangers.. Aku akan cuba cost down semaksimu mungkin perjalanan aku.. Seperti mana trip2 aku sebelum ni di thailand.. aku cost down sehabis2 mungkin.. aku pernah tak makan berat hampir seminggu... makan alar kadar. kadang2 aku berpuasa, tidur di stesen keretapi,aku buat ni bukannya apa.. sebab memang aku takda duit.. aku bawak duit ngam2 sepanjang aku trip.. Sebab mission aku dive sahaja... satu lagi.. walaupun aku ada pendatapatan tetap.. masa yang lebih aku ada wat kerja part time. kerja catering... kerja bantu orang jual burger.. So far Alhamdulillah.. hidup dengan penuh bizy.. dengan belajar part time lagi... dengan kerja nya lagi... huhuhu... itu membuatkan makin hari aku makin kuat.....
|
odw to weh island |
|
sunrise |
|
view depan pulau weh |