Powered By Blogger

Sunday, November 29, 2015

Fin Diving Cressi Murah

Aku nak letgo Fin Diving masih baru tak pakai buat selaman selama nie..

Brand: Cressi Reaction
Size: S-M
Suitable for beginner dan intermediate. Advanced pun boleh...
Harga RM300

Masih availabe sehingga hari ini.. Sehingga iklan ini belum didelete

Contact.
Jeri
011.3778.9091

Cepat grab harga murah ni!!! lagi murah dari lazada.. Khas untuk Diver2 lembah klang sahaja...


Generasi lama Jepun tak sama dengan Generasi baru jepun....


Sambungan dari ini

Generasi lama jepun tak sama dengan generasi baru jepun.... Eh.. kenapa aku cakap cam tu... Sebab apa yang aku perhatikan budaya amerika kebaratan telah menular di kalangan generasi baru jepun.. Kebanyakkan generasi baru jepun sudah tidak malu2 lagi dah nak bercium di kalayak ramai, berbangga dengan pakai iphone.. Apapun di kusatsu masih janggal lagi jika buat macam nie... Sebab orang2 generasi lama di kusatsu akan tengok pelik jika generasi baru buat begini...  Kalau di tokyo tak pelik pun kalau perangai cam nie...

Korang mesti pening.. Kusatsu nie kat mana ek. Kusatsu nie terletak di daerah Shiga. Daerah shiga tepi sikit Daerah Kyoto, kyoto mesti korang kenal kan.. Kusatsu nie takde apa pun menarik.. just temple lama2 dan tasik biwa tu je... Apapun kalau korang nak rasa mcm kampung yang korang tengok dalam filem korea dan jepun yang ada sawah padi...  Sini la tempat  yang aku recommend kan. Korang leh sewa basikal di Kusatsu Station.. dan Mintak maps di kusatsu station tu terus... Kalau musim sejuk tak la basah ketiak kalau korang naik basikal kan... Tapi aku recommend kan korang datang musim luruh dan musim bunga.. Sebab udara dia tak la sejuk sgt.. Sesuai korang nak buat aktiviti outdoor tu..

Cara nak pergi kusatsu dari kansai airport.
Amik train jenis Haruka di kansai airport. *tiket boleh di beli kaunter Japan Rail.Cakap nak g Kusatsu. Korang akan singgah di kyoto stesen dulu sebelum ke kusatsu.. So cara ni sama je kalau korang nak pergi Kyoto. So korang leh lepak kyoto dulu bermalam di sana.. Boleh pergi hari ke kusatsu.

Cara nak pergi kusatsu dari kyoto.
Untuk sesiapa yang stay bermalam di kyoto.
Gi mesin tiket-Select english-select kusatsu = harga 800 yen # cara nie valid untuk sesiapa yang tak beli JR pass k. Kalau korang ada JR pass tu.. guna JR pass je tu... Nanti aku wat satu entry utk cerita macam mana nak pergi jepun cara murah tahap gaban tanpa guna agensi yang markup gedebak gedebuk tu... Tanpa menjejaskan pocket money korang dan duit kita yang tengah jatuh nie... aku akan bagi guide line soon..

Kusatsu station west gate ke east gate.. lupa da..


map kusatsu dekat je dengan kyoto tapi jauh dari jepung...

Saturday, November 28, 2015

Aku pergi Jepun Untuk kerja Bukan Untuk Jalan

Aku pergi Jepun Untuk kerja Bukan Untuk Jalan

Pada awal.. Januari 2015, dan buat pertama kalinya aku ke Jepun untuk urusan di panggil bisnes trip oleh Company ku. Alhamdulillah, syukur aku dapat melihat negara yang dikatakan maju di segala aspek.. apapun ada kurangnya selama seminggu ku di sana.


Itu la tiket voucher yang diberikan oleh company ku. Gembira bukan kepalang.. kerja keras ku di kilang jepun ini hampir 2 tahun setengah berbuah hasil untuk menjejaki ke Negara matahari terbit.

Aku akan ke HQ company aku ke sana.. HQ Canon Machinery yang ditempatkan di Kusatsu,Shiga. Ramai budak2 kilang aku usik2 aku... ye la aku pergi seorang diri kot... Selain itu mungkin aku akan ditahan oleh Pak Guard Kansai Airport.

Yup.. Memang aku ditahan!! hahah.. Buat yang pertama kali ke Jepun.. Susun elok2.. tiket filight pergi balik,dokumen tempahan hostel, Jadi, apabila diminta senang nak kasi.. tak la mengelabah sangat. Jangan terkejut jika ditahan.. some of Pak Guard airport nie leh cakap bahasa melayu.. Haha...

Bersambung....