Kitorang sedia maklum yang location Dive Site tersebut iaitu di sekitar Pulau Sembilan tidak seperti dive site di sekitar Pulau-Pulau belah laut cina selatan. So.. "Dont expect much about this dive site.. " dalam hati aku... " arghhhh.., dah la da bayar mahal.. " aku nak kepuasan berdiving nie... "
Location Dive Site -Pulau Saga dan Pulau Buluh- dan kenapa dipanggil Pulau Sembilan kerana terdapat 9 pulau disekitarnya |
Setelah kajian dibuat dan berborak2 oleh member aku yang kaki pancing yang ikut dive sekali tu...
aku dapat tahu yang kitorang dive nie bukan laut tapi selat.. iaitu selat melaka.. Dimana, Lautan hindi dan lautan andaman sea bertembung dan memasuki selat melaka..... Sebab tu semasa tsunami di Acheh.. walaupun malaysia di lindungi oleh tanah besar sumatera, kena gak bias2 tsunami kan... lebih kurang gitu la kitaorang borak.. dan bukan Seperti laut cina selatan.. yang dipanggil laut terbuka/Open Sea dimana Energy laut tersebut tiada gangguan oleh lautan lain.. So.. tiada resonans yang berlaku atau pertembungan arus berlaku di situ...
*sorry ayat2 sains sikit.. sebab bila member aku cakap mcm tu.. terus kepala otak aku tafsirkan dalam sains punya teori...
KEDUDUKAN LAUTAN-HINDI-ANDAMAN-SELAT MELAKA |
Apa point yang aku nak bagitahu kat sini.. Bila keadaan bertembung lautan hindi dan andaman.. So.. arus(current) di dalam laut dive site kitorang akan menyelam akan kuat... arus(current) bukan bererti ombak ya....
Fenomena-fenomena faktor yang menpengaruhi arus kuat di dalam laut..
- Bulan Penuh atau Purnama.. So akan berlaku tarikan graviti bulan terhadap laut.. Kitakan belajar dulu.. Salah satu fungsi Bulan kan untuk adanya air pasang surut..
- Perubahan air Pasang kepada surut atau sebaliknya.... Tapi arus ni sekejap je kuat.. So para2 diver akan menyelam rapat di dasar laut. atau berpegang kepada tukun buat sementara sebelum memulakan perjalanan dalam laut untuk mengelakkan dari arus kuat tu..
- Macam aku cakap tadi.. Lautan hindi+Lautan Andaman+Selat Melaka.
- Faktor Cuaca~
Selain itu.. Dive Site belah selat melaka ni pun ada rekod buruk.. dimana Ada berlaku kemalangan-kemalangan yang mengakibat kehilangan nyawa.. Yang ini yang masuk berita..
(Kemalangan Penyelam).Yang tak masuk berita tu.. tak tahu la...
apapun.. dimana kita menyelam hakta pun sekali di kolam renang ke.. Make Sure Double Check all gear equipment diving.. Dengar Nasihat Orang.. Jangan Keras Kepala.. Memang Ajal tangan Tuhan tapi.. kita sebagai manusia jangan mensia2kan nyawa ok.. Jangan wat main-main.. -Pesan untuk diri sendiri-
*segala info atas nie ku amik semasa borak2 kedai kopi oleh member dive aku.. dimana member dive aku semua kaki pancing laut dalam... So kalau ada silap fakta.. boleh kongsi-kongsi dan perbetulkan...
-Ambe budak baru belajar -
Bersambung.....