Powered By Blogger

Monday, December 31, 2012

"Diving is not just for fun but diving is part of your life.."

Meremang bulu roma tengkuk wa time nie... bila mendengar ungkapan dan nasihat oleh Bos branch Quiver Dive team Lumut semasa sesi pendaftaran  dan taklimat di dive centre tersebut.
Kitorang sedia maklum yang location Dive Site tersebut iaitu di sekitar Pulau Sembilan tidak seperti dive site di sekitar Pulau-Pulau belah laut cina selatan. So..  "Dont expect much about this dive site.. " dalam hati aku... " arghhhh.., dah la da bayar mahal.. " aku nak kepuasan berdiving nie... "
Location Dive Site -Pulau Saga dan Pulau Buluh- dan kenapa dipanggil Pulau Sembilan
 kerana  terdapat 9 pulau disekitarnya
Setelah kajian dibuat dan berborak2 oleh member aku yang kaki pancing yang ikut dive sekali tu... 
aku dapat tahu yang kitorang dive nie bukan laut tapi selat.. iaitu selat melaka.. Dimana, Lautan hindi dan lautan andaman sea bertembung dan memasuki selat melaka..... Sebab tu semasa tsunami di Acheh.. walaupun malaysia di lindungi oleh tanah besar sumatera, kena gak bias2 tsunami kan... lebih kurang gitu la kitaorang borak.. dan bukan Seperti laut cina selatan.. yang  dipanggil laut terbuka/Open Sea  dimana  Energy laut tersebut tiada gangguan oleh lautan lain.. So.. tiada resonans  yang berlaku atau pertembungan arus berlaku di situ... 

*sorry ayat2 sains sikit.. sebab bila member aku cakap mcm tu.. terus kepala otak aku tafsirkan dalam sains punya teori...
KEDUDUKAN LAUTAN-HINDI-ANDAMAN-SELAT MELAKA


Apa point yang aku nak bagitahu kat sini.. Bila keadaan bertembung lautan hindi dan andaman.. So.. arus(current) di dalam laut dive site kitorang akan menyelam akan kuat...  arus(current) bukan bererti ombak ya....

Fenomena-fenomena faktor yang menpengaruhi arus kuat di dalam laut..
  1. Bulan Penuh atau Purnama.. So akan berlaku tarikan graviti bulan terhadap laut.. Kitakan belajar dulu.. Salah satu fungsi Bulan kan untuk adanya air pasang surut..
  2. Perubahan air Pasang kepada surut atau sebaliknya.... Tapi arus ni sekejap je kuat.. So para2 diver akan menyelam rapat di dasar laut. atau  berpegang kepada tukun buat sementara sebelum memulakan perjalanan dalam laut untuk mengelakkan dari  arus kuat tu..
  3. Macam aku cakap tadi.. Lautan hindi+Lautan Andaman+Selat Melaka.
  4. Faktor Cuaca~
Selain itu.. Dive Site belah selat melaka  ni pun ada rekod buruk.. dimana Ada berlaku kemalangan-kemalangan yang mengakibat kehilangan nyawa..  Yang ini yang masuk berita.. 
(Kemalangan Penyelam).Yang tak masuk berita tu.. tak tahu la... 

apapun.. dimana kita menyelam hakta pun sekali di kolam renang ke.. Make Sure Double Check all gear equipment diving.. Dengar Nasihat Orang.. Jangan Keras Kepala.. Memang Ajal tangan Tuhan tapi.. kita sebagai manusia jangan mensia2kan nyawa ok.. Jangan wat main-main.. -Pesan untuk diri sendiri-

*segala info atas nie ku amik semasa borak2 kedai kopi oleh member dive aku.. dimana member dive aku semua kaki pancing laut dalam... So kalau ada silap fakta.. boleh kongsi-kongsi dan perbetulkan...
-Ambe budak baru belajar -

Bersambung.....

Wednesday, December 26, 2012

Subhanallah...

Moga Aku dipertemukan jodoh di dalam Laut seperti ini.... Amin..

-NAT GEO-

Monday, December 24, 2012

Nak belajar diving.. boleh recommend kelas dekat mana tak?

Nak Belajar dive... Boleh recommend kelas dekat mana-mana tak??
Thanks faith.. Sebab sudi baca dan tanya soalan di diari cap ayam aku nie...

Sebelum kita tanya soalan nie... Kita kena tanya balik diri kita style macam mana...Adakah anda seorang backpackers yang mementingkan bajet anda dalam travel dan anda tidak kisah tidur dalam cabin atau dorm yang disediakan di pulau-pulau,  Adakah anda seorang ingin berteman dengan geng-geng sekepala yang mahu sama-sama buat lesen dive  dan juga sekali bayar semua orang uruskan...? Adakah anda seorang tourist yang pentingkan resort berbintang-bintang dan anda mampu bayar package dive license  tersebut...


Kalau korang seorang backpackers...
yang tidak kisah dengan kongsi jamban, berkongsi bilik dan ingin kos yang sedikit murah dan di samping boleh kenal dengan the other traveller...  Korang boleh cuba dekat pulau perhentian  terutamanya di long beach.... Tapi ingat! kalau korang book time peak season (bulan 5,6,7,8) korang mungkin akan serabut sikit r kat situ.. Kerana crowded dengan traveller mat/minah saleh yang mahu belajar dive dan kemungkinan korang akan terjolol mata korang nanti.. hihihi.. tak sesuai bawak family ke long beach.. Malam pulak bising dengan party-party long beach kat situ.. dan mungkin seperti di Koh Phangan full moon party...  
google images - Resort List di Perhentian-

Ni salah satu Dive Centre yang dicadangkan oleh backpacking Malaysia Website iaitu Panorama Dive Centre yang terletak di Perhentian Kecil. Korang contact dengan dia je terus.. kalau korang nak buat lesen kat sini..  Dive Centre ni kemungkinan besar tempat aku nak belajar Advanced course pada Akhir bulan Mac 2013 nanti dan boleh aku balik kampung terus.... 

Cara nak pergi Perhentian Pulak... Perhentian terletak di daerah besut.. Jadi korang.. Beli tiket bus  yang menghala ke Bandar Jerteh,Besut.. dari bandar jerteh korang naik bas mini atau kereta sewa. tak akan lebih RM5-10 kalau tambang pun..Kalau korang rajin.. Korang cari-cari r tiket yang menghala ke Kuala Besut terus.....
Selain daripada perhentian korang leh buat kat tioman.. terutamanya di area Salang.. Kursus Open Water dive pun dikatakan murah kat sana.. Not sure.. tapi konsep dia lebih kurang Long Beach Perhentian Kecil.. Sesuai untuk backpackers2x..


Kalau korang  ada member/ geng-geng sekepala....  
yang sama nak buat lesen dive lagi syok/meriah sebenarnya buat dalam group nie terutamanya yang tinggal di Area Shah Alam.. Korang boleh usha  dive centre Scubatex di mana Otai scubatex (Akak Mastura rasanya ) pernah masuk dalam TV Al-Hijrah dalam rancangan Soal Wanita yang betajuk penyelam wanita. Selain dari tu korang leh usha divebuddy dive centre di Kolam Shah Alam Seksyen 13. Dimana Owner dia very skillful underwater photograph.


Kalau korang datang dengan family..... 
dan malas serabut dengan mat/minah salleh yang crowded  korang leh pergi Usha Resort-Resort di Perhentian Besar atau Pulau Redang yang menawarkan package Diving Course.dan juga Pulau Tioman Di area Kampung Genting. Iaitu tempat aku belajar dive kat sana.. di Damai Tioman Resort.....
Kalau korang ada bajet lebih sikit... Korang leh contact Berjaya Resort di Pulau Redang dan Pulau Tioman... 

Kalau di oversea... 
Tempat yang murah untuk belajar dive.. iaitu sudah tentu di Koh Tao,Thailand, Price Course dia lebih kurang je sebenarnya dengan Panaroma Dive Centre di Pulau Perhentian... dan konsep dia lebih ke-arah untuk backpackers yang travel yang mahu belajar dive je. Insya Allah... Aku pergi dive kat sana nanti pada Cuti Raya cina... Aku dive dengan bigblue diving centre Koh Tao. kat sana.. Kat sini untung... leh dapat free accommodation basic dorm jika aku dive dengan diorang...  

Kalau Time Musim Tengkujuh.... 
Korang Leh dive di Pulau Sembilan yang terletak di area Pulau Pangkor.. Dan satu-satunya dive Centre di sini ialah quiver dive centre yang terletak di lumut dan Leh emailkan ke dennis@quiver-perhentian.com  untuk mendapatkan harga kursus open water dive ke sana.. harga dia lebih kurang RM1300-RM1500 .. kalau ada promosi.. mungkin leh dengan harga RM1100.
Selain tu.. Kalau di Langkawi pula.. Korang leh contact eastmarine dive centre dan kalau turun di jeti Langkawi.. lebih kurang 10minit berjalan kaki ke dive centre. Dive Site di Langkawi ialah di Pulau Payar....


Risiko....
Bila Korang  masuk kelas open water dive nie.. kemungkinan korang akan terkena dengan sebahagian kecil instructor Dive  yang jenis hanya bagi ilmu cukup tu je.. maknanya.. yang jenis malas bercerita pengalaman.. jenis senang citer kedekut ilmu r.Just ajar hanya dalam silibus je.' Belum jumpa lagi... so far hanya dengar dari mulut2 diver je.. Dunia diver Malaysia ni kecik je.. Pusing-Pusing muka tu je jumpa......


Aku lagi Prefer..
Buat Kursus Open Water Dive dengan member-member baru best.. Sebab apa aku rasa macam tu.. Mungkin Level of Confident cepat meningkat semasa diving bersama dengan member dan boleh borak pasal dive sebelum paper test tu... dan juga leh gosip2x...  ;)
Yang Mana impian dia ingin menjadi diver.. cepat-cepat buat.. sebab harga kursus open water dive setiap tahun harga makin naik.. disebabkan kos penyelengaraan untuk equipment makin tinggi.. huhuhu

Ni pendapat aku sendiri yang tiada kena mengena dengan yang hidup atau telah pergi.. dan aku tidak mendapat komisyen berapa sen pun daripada artikel ini. Hanya berkongsi minat,pengetahuan berdasarkan pengalaman aku yang pernah bekerja sebagai kelindan boat Inang Coral  di Pulau Redang, Blue Coral Resort suatu ketika dahulu,  buah-buah mulut rakan-rakan otai diver yang lain dan juga melalui pembacaan .
Dunia Laut tidak asing buat diriku tetapi Dunia dalam laut amat baru buat diriku.. Aku budak baru belajar .. - Jeri-

Sunday, December 23, 2012

Boat dive Pulau Tioman - Zero Bar Air.. Fuhhh..

Sambungan dari posts 6m-9m-16m semua shore dive..

Balik dari Pulau Sibu... Member Dive buddy cakap kat aku.. "Kau nie tak cukup boat dive lagi nie... nanti kau story kat nizam... Tanya dia macam mana.. Nanti aku akan sampaikan juga macam keadaan kat sini. 
( Pulau Sibu ).."

Terus aku call nizam keesokan hari tu.. dan aku diberitahu, dia akan call balik macam mana....

Selepas seminggu menunggu dengan hati bercampur baur dengan status kursus open water dive aku nie... akhirnya.. aku menerima panggilan daripada Bro Nizam pada 18/10/2012 dimana aku di beritahu supaya kemas2 barang.. Dan Bro Nizan mengajak aku ke tioman.. dan yang paling best.. free lak tu..  Kita akan gerak dari UTM skudai ke Jeti Mersing. pada pagi 19/10/2012 ,Terus aku naik bas malam tu jugak... dari TBS ke taman sri putri.... daripada perasaan xda mood dan risau dengan lesen aku tu.. terus ada mood balik...  Yahooo....


Dipendekkan cerita... Aku dan bro Nizam dengan 3 orang pelajar yang buat kursus open water dive turut serta ke tioman. Bro nizam cakap dengan aku... Disebabkan kau tak da boat dive.. sebab tu aku ajak kau datang sini..Lesen semua aku akan setlekan... Lupakan hal kat sibu tu.... k.. 
Yg Berbulat tu tempat aku menginap

kitorang menginap di Damai Tioman resort di kampung genting.. Kali nie.. aku terpaksa mengikut kelas open water dive dari A sampai Z ..... Disini juga aku dapat belajar betul-betul macam mana nak control buoyancy dimana memang aku susah nak dapat skill nie dari SIbu ISland lagi.....

Alhamdulillah.. akhirnya.. aku dapat merasai jugak dive boat kat sini... 2x dive boat dan 2 dive site kami pergi iaitu di Rengis Island dan Marine Park Tioman dengan kedalaman tidak melebihi 20m....
-Google Images - Teknik Back Roll Untuk  Boat Dive
Dive Site Marine Park Tioman la.. aku mengalami pengalaman yang cukup berharga.. bukan training dan bukan main.. kerana air tank aku kehabisan Oksigen!!! Masa aku menyelam tu.. aku tak tahu kenapa air aku cepat habis berbanding buddy aku yang lain.. Pada ketika aku 50bar.. aku memberi isyarat kat Bro Nizam.. Dan Bro Nizam terus mencari spot untuk kitorang naik ke permukaan.. disamping membuat safety stop.. semasa aku dive follow nizam tu... boleh pulak kaki aku kreng!!.. jem molek time2 macam nie... huhu... Tiba-tiba.. aku merasakan.. yang aku tak boleh bernafas da melalui regulator.. dan aku merasakan lidah aku cukup kering dan tiba berbunyi seperti ekkk seperti wisel masuk air je bunyi... terus aku buat isyarat kat nizam... dan Nizam amik dia punya second regulator yang berwarna kuning tu.. sumbat dalam mulut aku... perghhh.. lega.. Nizam.. punya treatment kaki aku yang krem.. ala-ala pemain bola krem di tengah padang.. tapi aku krem kaki masa tengah buat safety stop..

        

                   Cara Kongsi Udara dengan mengunakan Second Regulator dengan buddy
     *tapi tak la macam ni aku buat masa aku kena tu....


Masa di atas boat.. aku diberitahu.. aku telah mengalami simpton-simpton panik.. sebab tu la.. air aku cepat je habis,, tambahan pulak.. Visibility dive sites marine park tak berapa baik.. dengan current cukup kuat.. Ye la.. dah nak masuk mooson kan,.. huhu... tambahan pulak.. aku merasa scary masa dive kat situ disebabkan ada 10 buah boat nelayan yang kecik yang dijadikan tukun.. so.. visibility sangat low dan suram je.....


After dive di marine park.. Kami bergerak ke Renggis Island dive site....   Dan juga dive terakhir aku untuk kursus open water dive... Alhamdulilah.. Just tunggu lesen di keluarkan je... :) 


Dive log Book and License Open Water Dive


Moral of the Entry: Planning dan selidiki betul-betul kursus atau program atau apa bende sekalipun jika melibatkan duit .. dan perlu tegas dalam membuat keputusan jika apa yang kita bayar tidak mendapat apa yang ditawarkan sebelum itu..


6m-9m-16m.. semua shore dive. :(

Sambungan dari Episod  sebelum nie... 

First time dalam hidup, si Imam mengambil kedatangan untuk mengadakan solat jumaat..  ye la.. pulau sibu kecik je... dah la satu resort je... Selepas solat jumaat.. kitorang bersiap-siap untuk next dive seterusnya... Dan kami diberitahu , kami akan turun pada kedalaman 6-7meter , 9 meter - 16 meter.. step by step...

Walaupun kedalama berbeza... tapi skill yang diajar oleh bro ijat aka instructor kami tetap perlu dibuat untuk memastikan tahap keyakinan kami sentiasa meningkat semasa menyelam...

Hydro cheese Reef -UTM scuba Club-
Pada kedalaman ini.. kami masih belum melihat coral di sini.. Dan aku diberitahu oleh buddy aku yang  UTM Scuba Club pernah membuat program coral nursery di  shore dive sini pada kedalaman 9 meter ke 16 meter dengan kerjasama Pihak Pulau Sibu Island resort dengan tajaan dana 1 Malaysia... Bestnya kalau aku ada time tu....
Pic ihsan dari UTM scuba club-adopt coral reef di atas structure yang akan didirikan di  dasar laut
Coral Nursery -Pembiakan batu karang untuk  ikan lepak di masa hadapan -
Pada kedalam 6-9 meter.. kami lebih serius dengan safety dan diberitahu kena buat safety stop apa semua pada kedalaman ni.. jika naik ke permukaan... Safety stop ni penting.. kerana untuk membuang balik kadar bubble nitrogen terdapat dalam badan... Apabila first 50bar ketika menyelam... kami diberi isyarat untuk naik ke permukaan... Naik ke permukaan tidak boleh naik mendadak terus... bak kata mudahnya.. naik pelan2 le.... semakin dalam kita menyelam.. semakin lama safety stop diperlukan...

Pada kedalaman 9 meter.. aku telah membuat kesilapan yang aku takkn buat lepas nie yang mengakibatkan aku sakit kepala sampai malam yang amat sangat.... Di mana masa kami diberitahu untuk naik ke permukaan... aku terus menekan butan inflate untuk naik ke permukaan.. Dengan tidak semena2.. aku terus timbul ke permukaan dengan laju....Perbuatan ni amat bahaya yang boleh mengakibat kan kemalangan memungkin akan dilanggar oleh boat jika boat lalu dekat situ.. atau risiko Decompression sickness dan nitrogen narcosis /(penyakit penyelam)..

Simpton-simpton decompression sickness tu ada la kena.. sampai telinga aku sakit sangat dan kepala aku sakit sangat.. Terus aku g dive centre.. simpan balik dive equipment.. makan ubat sakit kepala.. terus tidor atas  buaian kat tepi pantai tu... bangun-bangun dah pukul 6 petang da.... nasib baik sakit kepala aku dah berkurangan...   buddy dive aku cakap... "ha.. tu la... nasib baik 9 meter je kita menyelam tadi......"
Disini aku mempelajari bagaimana untuk men-compress air ke dalam tank tu.... thanks buddy!

Sumpah ! tenang je sini.. angin sempoi dari laut cina selatan....
Dan petang tu aku diberitahu aku akan melalukan shore dive lagi besok(last day) dengan kedalaman 16 meter di mana.. skill-skills yang sama menyelam yang aku perlu turut buat... dan paling menghampakan yang aku kemungkinan boat dive tak sempat buat da.. ini kerana  diver-diver dari singapore akan datang sebanyak 15 orang.. disebabkan yang running dive centre ni seorang sahaja iaitu bro ijat.. dan bro ijat kata mungkin tak sempat da...  Sedangkan untuk complete lesen open water dive course memerlukan sekurang-kurangnya 2x dive boat.... masa tu aku dah tak sedap hati.. duit rm1000 dah lepas.. aku terus mendiamkan diri...

Saturday, December 22, 2012

Pulau Sibu,Johor k...! bukan Sarawak..

Tanggal 12 Oktober 2012, bermula Sejarah diri aku sebagai manusia biasa dengan berbekal kan teknologi menyelam di samping izin ALLAH S.W.T, akhirnya salah satu impian aku tertunai untuk menyelongkar ke dunia Laut... Alahai puitisnya aku.. malam-malam gini....

Pulau Sibu 
Sebenarnya malas aku nak update blog pasal ke pulau sibu kerana ia mengingatkan aku pasal konflik perasaan yang aku tak boleh ceritakan disini... Lupakan je la.. Dan Disini aku ingin menceritakan bagaimana aku mengambil kursus open water dive sehingga aku menjadi ketagih untuk terus dive..dive..

Pada akhir bulan September 2012, Department tempat kilang aku kerja dah takde OTI... Jadi, Maknanya.. aku ada masa free pada hari sabtu dan aku boleh pulang dengan time office hour.. dengan aku baru dapat confirm so.. aku ada hak dalam annual Leave.. Yahooo...   Dipendekkan cerita .. online Facebook. bukak la group UTM Scuba Club, terbaca ada advertise dari instructor bro nizam.."Sapa nak buat Lesen Open water dive di Pulau Sibu dan Tioman ,Pm me... kelas Open Water dive terakhir sebelum mooson " lebih kurang mcm nie la dia iklan kan.. Bro Nizam ni seorang Pensyarah UTM yang aktif dalam aktiviti scuba dan juga golongan Otai dalam UTM Scuba Club nie...

Terus call bro nizam., tanya harga apa semua dan tarikh kursus..  Harga untuk Lesen Open Water Dive di Pulau Sibu sebanyak Rm1000 dan untuk Pulau Tioman Pula.. RM1300  dan harga ni termasuk semua boat,makan minum dan penginapan, dan equipment dive..

Aku decide untuk ke Pulau Sibu.. Sebabnya murah.. hehe... walaupun lesen aku bukan dari Agency PADI yang keluarkan tapi aku diberitahu di Pulau Sibu ni.. ITDA agency yang keluarkan.. Takpela.. mana2 pun.. janji ada license.. dan boleh dive di mana-mana(world wide) semua sama je...

Pada 12 Oktober 2012, saya gerak menghala ke Mersing,Tanjung Leman Jetty dari UTM skudai.. Aku pun tidur je dalam kete tu... sedar lepas 3 jam dah sampai jetty tanjung leman tu.. Satu-satunya pengangkutan ke Pulau Sibu,Pulau Tinggi,Pulau Aur, dan Pulau Pemanggil...

Tanjung leman jetty - Pulau Sibu Tengah


Lepak2 kaT Jetty jap.. tunggu bot.. bot pun datang, dan datang sorang kat meja kitorang lepak..  member utm scuba club semua kenal instructor nie.. nama ia Bro Ijat.. dan ketika itu juga first class introduction to dive secara tak formal.. disamping sesi pengenalan dibuat juga...

Boat Sampai, lebih kurang 35minit-45minit.. Kami pun tiba di pulau Sibu Tengah. Siap ada nyanyian dengan petikan guitar sambut kitaorang.. Kitorang terus ke bilik.. tukar pakaian dan terus ke dive centre untuk first dive aku.... tak sabar da nie.... Untuk pengetahuan, Sibu Island resort satu-satunya resort yang ada disini disebabkan pulau ni kecil je dan milik  persendirian..

Di dive centre tu, aku di beri taklimat secara ringkat pasal equipment dive dan cara pengunaan dan safety...  Giler r.. korang tahu tak.. sebelum, aku datang ke Pulau Ni.. aku ZERO pasal dive taw! dan tak pernah buat  dive kat pool  sebelum aku datang nie... dimana kebiasaan orang akan buat dive di kolam dulu sebelum datang ke Open Sea ( Pulau.. ).. Tapi bro ijat kata takpe.... aku pun setup equipment dive dengan bantuan buddy aku... lepas tu terus ke shore  untuk dibuat shore dive ( menyelam di tepi pantai ).


Aku dengan buddy aku 3 orang. + instructor aku..   perlahan-lahan aku berjalan dengan mengusung equipment dive untuk ke pantai.. sehinggala ku rasakan kaki dah tak memijak tanah.. terus ku meng-Inflate udara dari tank to BCD. ( bahasa senangnya.. tekan butang inflate di tangan kiri anda...untuk amik udara dari tank anda masuk ke jacket selam (BCD) anda supaya anda akan terapung sebelum operasi selam bermula. . Semasa terapung tu juga, kitaorang pakai siap-siap fin...

Setalah di taklimat instructor aku.. aku pun descend dengan menekan butang deflate... sehingga ke dasar dengan kedalaman 3 meter.. Di sini.. ku diajar teknik-teknik atau dipanggil skill dikalangan diver-diver...
Aku pun dah lupa apa nama gelaran skill-skill yang di ajar ketika tu.. yang aku ingat clean mask dan equalized je.. tapi secara praktikal nya kesemua skill tu,.. Alhamdulillah.. semua pass... Dan masih ingat sampai sekarang... Orang kata.. teknik skill buoyoncy ,susah nak dapat tapi akan dapat jika sentiasa menyelam di mana kita dipanggil neutral buoyancy dan dapat mengawal badan kita dengan baik tanpa turun naik.. turun naik.. dan tanpa button deflate dan inflate untuk control buoyancy Ini Penting untuk work dive dan research dive dimana kita mampu untuk terapungkan badan kita di satu2 tempat yang lama untuk kajian batu karang,sample hidupan marin dan sebagainya...

Bersambung... * takleh mengadap laptop lama2x, pening kepala..  uhhh..


Tuesday, December 11, 2012

Lepas Gian


Oh akhirnya... setelah hampir 2 bulan berpuasa daripada aktiviti dive nie.. dapat jugak aku dan member dive pergi lepas gian aka men-review balik skills scuba diving di kolam renang PJ Palm Sport   tu pada hari Ahad lepas. Hari Yang Sama Perlawanan Bola Sepak Separuh akhir di antara Thailand VS Malaysia.
Ini Juga persedian sebelum Dive Di Pulau sembilan,Lumut nanti pada 29 Dicember 2012
Kitorang sewa equipment dengan Sea Monkey Dive Centre. Fully Equipment Rental Price is about RM60. sekali sewa pada hari tersebut. Content air dalam tank diorang bagi tu dalam 200psi, tu biasa r.. 
kalau korang dive mana2  kat pulau nanti.. ia akan bagi juga 200psi. 
Kat kolam renang ni kitorang dpt Dive Puas2.. Penat woo..  Maximum dept kat kolam renang ini dalam 10meter. Reality dive kat dive site betul2 punya.. Untuk setiap isian 200 psi air tank tersebut boleh bertahan paling lama sejam. Bergantung tahap pernafasan diver tersebut. Kalau Sejam tu.. Diver tersebut dah tahap senior la.. Bukan bermaksud Diver tu dapat tahan nafas untuk menjimatkan air dalam tank tu. Tetapi Skill pernafasan Diver senior tersebut mantap. Aku pun tak boleh explain bagaimana kerana aku belum dapat skill tersebut. Warning!!! number one rule of scuba diving. Dont Ever hold your breathing!!.. Senang cakap jangan tahan nafas semasa selaman di lakukan... Nak tahu lagi lanjut.. mungkin next entry r... atau korang g buat lesen dulu dan tanya instructor tu kenapa..


Fully Equipment (Wet Suit,BCD,Air Regulator,Tank (200psi),fin,Snorkel,mask,weight) = RM60(weekend),RM50(weekdays)
Tips yang aku nak bagi korang nak sewa sini..
Situasi nya begini.. 
Si Diver ni bawa equipment sendiri.. Biasanya peralatan basic diver yang akan ada.. iaitu, Fin,Wetsuit,Mask... So Si diver ni akan menyewa peralatan tambahan iaitu BCD,Regulator,weight,tank Harga sewa untuk tiga barang nie. dalam RM70.00. So why not korang sewa je terus fully equipment.. So dapat save rm10 kan.. 


Monday, November 26, 2012

PADI vs ITDA


PADI,ITDA,SDI APAKAH ITU? Short Form kepada agensi-agensi menyelam yang aku tahu.. Bukan yang lain aku tak tahu seperti SSI,TDA & etc, tapi aku ada pengalaman dengan agensi2 tersebut..

Ringkasan PADI dan ITDA agensi menyelam.


1. PADI singkatan kepada (Professional Association of Diving Instructors) Organisasi Persatuan Menyelam Rekreasi Terbesar di dunia. Dengan Motto The Way the World to learn DIve. Yang Ditubukan tahun 1966 oleh  John Cronin dan Ralph Erickson. Dimana John Cronin former ( National Association of Underwater Instructors)NAUI  Instructor,blah dari NAUI dan tubuhkan PADI  untuk bussines dengan berpakat dengan Si Ralph Erickson. Jadi sampai sekarang PADI agensi memang kaw-kaw dari segi pemasaran dan terkenalnya.. Sebab tu harga course training diorang mahal sikit dari agency lain. Sebab itu dikatakan Leisure Dive. U pay more and u get more! haha. Kalau Training dengan PADI nie.. Student( Newbie ) ni akan dibekalkan dengan modul,CD,table nitrogen dan akan buat dive training kat Kolam sampai lebam baru pergi ke Open Sea atau Pulau, Thats Why, the course price slight expensive than others agency. Tambahan pula, PADI certificate ni ada nama . Bila orang lain "Lesen Dari Mana?" bila jawab dari PADI je.. mesti orang lain tahu punya walaupun bukan dari kalangan menyelam.



2. ITDA singkatan kepada ( International Technical Diving Agency ), setahu aku.. ITDA http://www.diveitda.com nie dari UK , Penubahannya untuk memberi penekanan yang lebih kepada praktikal dan safety. Masa aku buat lesen open water dive, Instructor aku pemegang lesen dari ITDA, dia ajar aku jugak cara nak compress air dalam tank macam mana.. cara pengunaan compressor, safety serba sedikit. Decompression etc. Dimana Silibus ini takde pun kat agency diving yang lain. Aku rasa silibus ni takde dalam open water dive tapi instructor aku tidak lokek dalam memberi ilmu dan menceritakan pengalaman dive selama nie.. Semasa aku training untuk open water dive ni di pulau sibu- pulau tioman. aku mempunyai pengalaman yang cukup berharga samaada pahit dan manis.. Tiada istilah leisure dive time tu. huhu..


Kesimpulannya. Semua Agensi diving punya latihan  adalah sama. Skills menyelam yang diajar adalah sama, safety simbol pun sama. Yang Membezakan diver dengan diver yang lain adalah attitude kita masing2x. 
BE HUMBLE GET WETS AND DIVE, THATS ALL... :)

Monday, November 5, 2012

Pak Up Hostel,Krabi

Terbaik r http://www.agoda.com/ ! dapat gak booking zero deposit kat Pak Up Hostel di Krabi,. Ak p Krabi 23 Januari 2013 hb nanti. So ak stay kat hostel nie, utk 2 malam yg brharga RM55. Sebab Apa murah. Coz Hostel nie.,khas untuk backpacker2x je...yang jenis hati kering punyee.. Yang Penting Review backpackers semua cakap yang hostel nie.. TipTop,bersih apa semua. Yang penting selesa untuk tido..
Bilik Pak Up Hostel
                                             
Ciri-Ciri Pakup Hotel :
 1) Berkonsepkan dorm. Satu dorm dalam 10 orang - 8 orang.
 2) Air Cond atau Kipas. *boleh pilih le.
 3)Ada dorm jenis Mix or female only.*Boleh pilih..
 4) Ada looker bawah katil tu. So, Sumbat je la.. backpack anda dalam sana.. Muat tak muat.. Bila Sampai    sana nanti ak bagitahu ya...

*Teruja pun ada g sana. CUak Pun ada.. Sebab first time g travel sorang2 dan dive dengan partner yg kita tak kenal ni...