Tuesday, December 1, 2015

Pemikiran Orang Melayu......

Kenapa aku kata macam tu....

Nak jadikan cerita, hari ni company aku bagi gift untuk setiap pekerja kilang iaitu sebuah printer Canon E480, Alhamdulillah murah rezeki aku, boleh la aku buat print assignment aku yang belajar part time dan print untuk tenant aggrement nanti.

Waffle maker aku dapat juga.. hehe

Nak dijadikan cerita, so aku mintak la tolong dengan somebody yang duk dekat umah aku tu untuk tumpangkan printer aku dlm kereta dia dan hantar masa balik kerja.... Ada pulak spesis melayu mana cakap, tu la beli la kereta.. nampak sikit berharta.... Perghhh... berdesing telinga aku... yang somebody ni tak dapat tolong aku sebab atas alasan tertentu...

Last2 aku tolong kawan CINA aku kat tempat kerja.. Boleh tak da masalah... senang... TQ WONG... u memang terbaik.. dah 2 kali u tolong saya... Rasa segan pun ada... huhuhu

Aku ulang balik dialog melayu tadi.... Beli la kereta, baru nampak sikit berharta...... okay fine... aku tak beli kereta sebab aku belajar dari korang... kerja oti sampai malam.. semata2 bayar kereta, anak bini tgk u waktu malam sahaja, kita kerja kilang... gaji kilang... buat apa yang trmampu selagi tak menyusahkan orang.. lepas tu membebel kos sara hidup.... Ya memang betul kos sara hidup naik.. tapi sampai bila kita sentiasa mengeluh... Enoughhhh...

Fakta
"Kereta adalah liabiliti..."
"Rumah adalah aset jika menghasilkan cash flow..."

balik umah... sembang2 dengan member rumah aku, tiba2 dia keluar ayat.. orang melayu gaji 4000 terus beli civic.. Orang cina akan kira berapa percent daripada pendapatan mereka untuk kereta setiap bulan.. Kalau boleh biar sekecil2 percent untuk kereta, bukan macam orang melayu.. pergi lanyak sampai 30-40 percent daripada pendapatan semata2 untuk kereta.. fikirkan..fikirkanlah....

*bukan semua orang melayu macam tu....


2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. lepas tu kereta tak habis bayar dah fikir lepas habis kereta ni rase nak tukar kereta yang up lagi..

    ReplyDelete