Saturday, November 28, 2015

Hidup Ini Untuk Memberi

Selalu kita mendengar tagline "Hidup Ini Untuk memberi". Aku baru sedar kuasa memberi apabila aku di "selected" untuk membeli satu unit apartment/flat kos rendah di sekitar Puchong. Nama projek tu di Taman putra prima phase 7A.

Pada November/Dicember 2015, jam hampir 11 malam.. Aku baru balik kerja overtime dari kilang aku... Aku terpikir rasa mcm nak bukak peti pos nie. Perghhhh...aku dapat surat LPHS(lembaga Perumahan Hartanah Selangor) Sukacipta dimaklumkan aku berjaya untuk memiliki unit kos rendah apartment/flat under Pemaju Plenitude Sdn Bhd. Dengar mcm free je dapat.. Hakikatnya still kena bayar deposit dan legal fees juga. Harga rumah nie dalam 42K dan legal fees dan kos snp.. lebih kurang aku habis nak dekat 3 K. huhuhu.

Berdasarkan tag line tajuk post kali nie,cuma aku nak bagitahu... Sebelum beberapa bulan aku dapat surat tawaran beli rumah tu, emak aku ada mintak duit dgn aku about 4 K untuk kegunaan bisnes dia dan lain2.. Asalnya niat aku duit tu aku nak wat modal untuk beli rumah pertama..  Tapi mak mintak kan.. Hati aku berkata... mungkin ada rezeki kat lain... Insha Allah.. Amin..

Tapi tak sangka.. Murah rezeki aku.. Mana nak dapat lagi da.. rumah 42K di puchong.... 700 sqft lak tu siap dengan balkoni lagi. Pemaju track record bagus.. berpengalaman dalam project perumahan landed dan kondo.

Tips di sini.
1. Jangan berkira sangat dengan keluarga.
2. Yakin ada rezeki mana2..
3. Bagi yang bujang.. cuba saving2..n saving2...

Sini aku payung gambar project developer di taman putra prima dulu.. Next post.. aku tulis macam mana aku mohon dengan SUK dan perjalanan pengembaraan aku untuk dapatkan unit.. duit celah mana dapat.. tips lulus pinjaman bank... dan lain2 seumpamaanya..

Inilah pengembaraan aku. Aku hanya pekerja kilang jepun, tetapi aku mempunyai impian untuk jadi taukey, aku berimpian untuk menjalankan perniagaan backpackers hostel di Terengganu nanti.. Insha Allah....

Bersambung

dijangka siap pertengahan 2017

SNP aku bertahan 3 tahun untuk keluar duit dari KWSP.
 


9 comments:

  1. Tahniah, blok apa, sya blok D

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Hari tu msa isi form tnb ade sorg tu tya bila umh siap, devlper jwb bln 6 2017 nk bg kunci. Btul ke?

    ReplyDelete
  4. ada sapa2 yang dah kena late interest payment tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena jugak tpi x byk sgt lah. X smpi 5rtus pun

      Delete