Powered By Blogger

Saturday, January 5, 2013

Tahun baru 2013..

Entah la.. napa aku rasa macam sedih,emo,sunyi bila masuk tahun baru 2013 tapi dalam masa yang sama aku gembira. bak kata fatt aka blogger backpacker busuk ' happy loser !'.
Mungkin dengan penangan lagu jepun jiwang yang aku sedang dengar ketika aku sedang menulis entry nie....
"Nakitai no ni tanoshii furi suru no wa"  
          " berpura-pura gembira walaupun hakikatnya sedih"

           Tanoshii = Gembira atau Fun.

 "Aku wajib masuk kelas jepun di tempat kerja.. So. Bila dengar lagu jepun rasa macam    best  la pulak"
Bila mengenangkan tahun 2012, tiada apa yang menarik dalam kisah  hidup aku.. cumanya bila nak masuk suku terakhir tahun 2012 dan dive terakhir untuk tahun 2012. Baru la hidup aku berseri-seri dengan dunia yang aku lalui... Takpe la.. Aku masih muda lagi.. banyak yang aku perlu belajar untuk menghadapi dunia realiti sebenar dan membuatkan aku lebih matang untuk menghadapi dunia .

Kisah sedih,kecewa,perempuan,pelajaran,keluarga dan lain-lain  aku tak kan lupakan tapi biarla dia tersimpan dalam lipatan memori di hujung benak otak ku ini. Kisah-kisah yang lepas mungkin boleh jadikan panduan untuk aku meghadapi hidup-hidup seterusnya.

 Pada suku ter-akhir 2012, aku membuat keputusan untuk melibatkan diri dalam dunia diving, Alhamdulillah, salah satu impian aku sejak berada di bangku sekolah lagi, ini mungkin zaman sekolah aku asyik melihat orang-orang diving sahaja jika aku ke Pulau Perhentian bersama rakan-rakan sekolah budak pulau yang bersekolah sama dengan aku.

Apabila aku membuat keputusan untuk menceburi dalam dunia dive ini. Aku cakap kat diri aku sendiri dan hati kecil ku berkata.. Kalau setakat untuk membuat lesen dive sekadar suka-suka dan menunjuk-nunjuk lebih baik tak payah buat. dan betul kan niat itu dahulu. 
Tujuan aku menceburi bidang diving ini. ialah aku ingin bekerja di kampung sahaja. Alhamdulillah, rakan-rakan aku ramai mengalukan-kan kedatangan aku ke Pulau Perhentian dan Pulau Redang untuk bekerja di sana. Tapi aku tak boleh terburu-buru disebabkan aku masih ada benda yang aku perlu selesaikan disini (Shah Alam)
Selain tujuan itu, Impian aku juga untuk menjadi seorang Commercial Diver dan aku tak tahu sama-ada realisitik atau tidak. impian aku itu. ini kerana  memerlukan dalam 60 K untuk complete Commercial Diver pemegang lesen ADAS part 3. 

Commercial Diver
*Commercial Diver = Penyelam-Penyelam dalam Industri minyak dan Gas yang berperanan untuk pasang paip di bawah laut,Inspection Platform Rig , Piping Inspection.. etc..

Setelah masuk tahun 2013, semua orang ada wish list masing-masing kan.. 
First Wishlist. Iaitu aku ingin menjadi orang lebih berdisplin dan sabar... 
Second, harap dapat join project Marine Conservation Reef Coral. Harap dapat diberi peluang!
Third, harap Dipermudahkan untuk Pinjaman beli rumah dan di luluskan.. amin.. 

Selamat Tahun BAru 2013 !!!


Friday, January 4, 2013

Lunch time and the 3rd dive was worst diving ever..

Sambungan sebelum ini...

Alhamdulillah, menyelam di dive site kedua,kami cukup berpuas hati. Susah nak cakap kegembiraan yang aku rasa ni... Aku sudah jatuh cinta dalam dunia dive.. The best thing about dive, its remind me about 'mati '.  dan aku sangat berasa kerdil sangat-sangat bila berada dunia di bawah laut.
Posing je! Lum mampu lagi.. Btw, Cadangkan G series for Underwater Photography..
Sebabnya.. Murah berbanding DSLR underwater. Casing DSRL sgt mahal Weh..!

Selepas menyelam di dive site kedua kami, dive master memastikan semua orang cukup di atas boat.. Dan kapten Zul terus memecut laju bot untuk destinasi lunch time! Aku memang dah lapar sangat dah ni.. Pergh...
bayangkan main air banyak-banyak.. memang perut masuk angin la.. dah la sejuk bawah laut tu...

Port tempat untuk lunch time ialah di Pulau Yang tidak berpenghuni. Port Pulau ni biasanya di jadikan tempat rehat kaki pancing untuk berlindung jika musim ribut datang dengan tiba-tiba di sekitar pulau sembilan.
Kepada Pihak berkenaan. Please bangunkan negeri ini sebagai destinasi menyelam..  Jangan biarkan je!

Aduii.. lupa pulak ambik gambar masa tengah makan! huhuhu.. Aku tengah lapar sangat time tu.. Kena pulak time tu lauk yang dibekal oleh pihak dive centre ialah masak Lemak sayur tauge perghh, ayam masak pedas plus sambal belacan! Slurppp.. erkkk.. alhamdulillah.. kenyangnyee..


Aku suka Laut!
Buai laju-laju!

Selepas lunch,solat, dan sejam berehat sambil duk main buai yang ada kat situ.. layan je .. bila lagi nak macam budak-budak kan. hehe, Kami terus bergerak ke Lokasi dive site ketiga iaitu di sekitar Pulau Buluh. Kecik je pulau tu.. batu je... dan semak-samun je atas Pulau Tu..

Untuk dive ketiga ni.. sangat-sangat worst bagi aku .. buat penat badan je.. dah la kumpulan kami berpecah disebabkan arus yang kuat dan visibilty is around 1 meter-2meter only.. air hijau gelap sangat-sangat... Tak banyak yang kami nampak sini.. Dah la dive master asyik melayan aku yang crem kaki je .. 2 kali beb Kem kaki masa dive .. huhu.. Apapun .. ini satu pengalaman yang bagus untuk aku.. Sebab aku pun sedang bekira-kira untuk serius dalam bidang ini. Takkn selamanya-nya. aku mahu bekerja dan mengadap jem
hari-hari kan di Shah Alam ni. Itu peluang aku untuk membolehkan aku untuk balik kampung selamanya-lamanya di kampung ku di Besut.

Ni video daripada member aku.. dalam video tu. aku takda.. di sebabkan kumpulan kami telah berpecah disebabkan arus yang kuat di dalam laut tersebut dan di sebabkan visibility yang teruk. Nasib baik member aku berpecah dengan otai diver. So diorang tak de masalah untuk mencari jalan Pulang. Kenapa bila sesat dalam laut.. kena cari jalan pulang juga?  dan kenapa tak naik je ke atas terus..

*ini pandangan aku la..
Pertama. Kita sewa air tank tersebut.. So alang-alang dah dive.. habiskan la sehingga 50psi. Kedua.. Kalau naik terus.. Kemungkinan kita akan timbul jauh dari tempat kita turun menyelam tadi atau timbul di laluan boat lalu. So bahaya di situ!!

Ni video yang member aku sesat. Video Record ni mengunakan GO PRO HD cam.. kecik je camera dia.. lagi kecik dari tapak tangan.. So. Camera ni di sangkut di stick sakti beliau. Harga seribu ringgit termasuk Underwater casing yang tahan pada kedalaman 60 meter. Bukan setakat boleh record je.. Boleh amik gambar pun boleh... dalam 8 megapixel .. 10 megapixel pun ada..


USha-usha kat KLCC tadi, meyirap je nak beli.. Nasib baik hati kecil ku berkata relax dulu!



Bersambung.....

Tuesday, January 1, 2013

Marin Landskap Yang dicari telah Ku Temui...

Sambungan daripada ini...

Alhamdulillah, Terjunan pertama sebelum ni tiada kemalangan berlaku. Masing-masing semua OK! tapi yang tak bestnya, kami hanya dapat menyelam lebih kurang 35 minutes sahaja. Ini kerana kadar pernafasan kitorang bertambah ( faktor kadar pernafasan mempengaruhi  cepat habis kandungan air tank tersebut ) kerana panik dengan arus yang kuat dan air yang hijau gelap tersebut..

Berehat dalam sejam di atas boat sambil menukar tank yang digunakan selaman tadi kepada tank baru untuk next dive seterusnya. Rutin double check equipment diving  tetap diteruskan... Sambil-sambil berehat, kitorang borak-borak pasal selaman tadi, dan kapten boat pecut laju boat tersebut ke dive site seterusnya.. di sekitar Pulau sembilan.

Dalam hatiku.. harap-harap selaman kali nie lebih baik dari tadi.. harap dapat melihat landskap yang tersembunyi yang di maksudkan itu... Kenapa aku cakap landskap tersembunyi? ini kerana... Kitorang dive dalam visbility yang amat rendah 2-5 meter sahaja.. tetapi apabila berada di kawasan landskap tersebut terus visibility meningkat ke 8 meter.. dan ada bias-bias cahaya di situ.. Ini menunjukkan pentingnya coral-coral di dalam laut dimana coral di dalam laut berfungsi sebagai filter kepada partikel yang tidak perlukan dalam kitaran hidup laut. Sebab tu.. kalau tempat tu banyak coral.. air dia begitu jerneh sangat-sangat..

cakap banyak tak guna... kalau reader yang baca diari aku ni blur dengan apa yang aku tulis.. ngee... So aku letak video yang direcord oleh dive buddy aku untuk dive sites yang kedua ni...


Ni picture di ambil oleh one of my buddy dive, Kimi..
Aku lum ada underwater casing lagi.. belum ada rezeki lagi... huhu

walaupun dive site tidak secantik tioman,redang,perhentian tetapi  KUDA LAUT ADA WEH!!


Cantik kan!

Subhanallah,Korang nampak apa tu? 

Alhamdulillah.. terjunan ke dive site kami yang kedua nie.. membuahkan hasil.. Berdive di lautan selat melaka amat memberi cabaran... dan memberi kepuasan yang tak dapat aku leh luahkan kata-kata...
Penat plus Puas hati!

Bersambung....




Selat Melaka,Green Dark Sea

Sambungan daripada ini..

Selepas sesi taklimat ringkat oleh Bos tu.. Kitorang Pun gerak menghala ke jeti lebih kurang 100meter daripada tempat dive centre tersebut bersama dengan kapten boat dan awak-awak boat yang membantu kitorang semasa dive nanti.

yehh...  Let Dive!

Kena Check Air Tank dulu.. Pasang Siap-Siap BCD di tank dan Regulator kalau ada apa2 problem  masa ni, Kami boleh meminta tukar equipment yang di kehendaki.

Perjalanan ke dive site yang kitorang akan menyelam nanti memakan masa selama satu jam. Perghhh..babak yang paling aku suka ada la ketika menyusuri laut dengan bot dan angin bayu laut menhempas muka aku perghh.. lega,tenang suasana  ciptaan ALLAH S.W.T.
Alhamdulillah, Allah S.W.T memberi kekuatan dan peluang kepada ku untuk mengembara ke dasar laut ciptaan Mu Ya ALLAH S.W.T.
Walaupun Aku berasal daripada Besut,Terengganu dimana Pantai,Laut, memang tidak asing buat diriku.. Tapi selepas aku mendapat peluang sambung belajar ke kota metropolitan, dan ditambah pulak aku bekerja di bandar Jem! iaitu SHAH ALAM.. aku sangat merindui babak-babak tersebut...

Stop Bermadah! Sambung diari ni... *kepala aku tiba-tiba terfikirkan kampung.. huhu..

Setelah satu jam perjalanan. Kitorang pun double check gear equipment dan memastikan kandungan air dalam tank sebanyak 200psi dan kalau kurang ,kitorang boleh claim tukar tank..

selepas gear on dan mengusung tank tersebut.. satu persatu back roll ke dive sites tersebut...

credit to my buddy dive for this recording

Selepas semua dalam keadaan ok.. Dive Master yang lead group kitorang mengarahkan semua descent dan deflate air kitorang dan descent dengan perlahan-lahan.

Aku terkejut dengan suasana dalam laut tersebut.. di mana hijau.. penuh dengan plankton-plankton dan partikel yang bergerak ke arah kami dengan laju.. Ini kerana arus yang begitu kuat di dalam laut. tambahan pulak visibility is around 5-3 meter only. Aku panik seketika.. Yela, aku kan baru lagi dalam dive nie tak panik napa.. So far aku control,cuba relaxkan diri. dan aku tak pasti samaada buddy aku yang lain panik atau tidak...
Visibility Is around 3-5 meter. - Peace!

Aku cuba untuk maintain punya buoyancy control aku tersebut.. dengan perlahan-lahan dan cuba relax dan diving ke dasar laut dan bergerak secara perlahan-lahan mengekori dive master kami. Tujuan kami datang ke sini untuk mencari landskap yang tersembunyi di selat melaka. Di mana selat melaka memang takde coral mungkin disebabkan laluan kapal tumpahan minyak, tiada kawalan aktivi memancing, sampah sarah.. yang mengalakkan pemusnahan coral.
credit one of my buddy kimi shoted the scene of pollution around this island. huhu waktu time lunch...

* Kepada Pihak Berwajib dan pihak tak berwajib perlu kita bangunkan Pulau-Pulau di sekitar Pulau Sembilan nie.. Rugi kalau di biarkan begitu sahaja....

Bersambung....